Wednesday, April 29, 2009

Benarkah Mahkamah berat sebelah???????

KENYATAAN AKHBAR
YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
28 April 2009

Saya ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan Malaysia di Putrajaya telah menolak Notis Usul yang difailkan oleh saya di bawah Artikel 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Artikel ini ialah mengenai kuasa khas bagi Mahkamah Persekutuan berkenaan tafsiran Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana terdapat percanggahan fakta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila peguam YB Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin telah memohon bagi memeriksa balas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak terhadap affidavit yang telah diikrarkan oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.

Saya dengan rendah diri menerima dan menghormati segala keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah yang bersidang pada hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan Mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak menyebelahi saya.

Pada saya everybody is equal under the eyes of the law and subjected to the Constitution.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini juga pernah menolak permohonan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar persoalan berhubung dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dibawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan 1964.

Tindakan saya menfailkan Notis Usul dibawah Artikel 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan saya sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh YB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin demi kebaikan dan kepentingan rakyat Perak seluruhnya dan bukan mencari jalan pintas seperti yang didakwa sesetengah pihak.

YB Nga Kor Ming pada hari ini melalui Akhbar New Straits Times menyatakan bahawa:

“Does Zambry know ahead of time that the court will rule in his favour, even though the matter has yet to be heard? If so where is the independence of judiciary.”

Saya seterusnya menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh YB Nga Kor Ming adalah sesuatu yang tidak bertanggung jawab dan berunsur hasutan.


Saya tidak pernah mengganggu Mahkamah dalam membuat sebarang keputusan dan saya tidak pernah mempersoalkan kebebasan sistem kehakiman Negara walaupun adakalanya tidak menyebelahi saya.

Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya memuji dan menyokong keputusan Mahkamah yang menyebelahi mereka tetapi menggunakan pelbagai alasan untuk menolak keputusan Mahkamah apabila tidak menyebelahi mereka.

YB Dato Ngeh Koo Ham dalam ucapannya dalam Majlis Ceramah PAS kawasan Lumut pada 17 April 2009 telah menyentuh isu keputusan Mahkamah Persekutuan dan menyatakan bahawa:

“Tuan-tuan dan puan, saya rasa amat kesal lah, kerana Mahkamah Persekutuan tidak ikut undang-undang, prinsip undang-undang yang sedia ada telah termaktub ataupun diterima sebagai surat selesai ataupun sudah diputuskan semenjak sekian lama lagi, mereka sudah tukar undang-undang hanya kerana kes Negeri Perak”

Kenyataan yang dibuat oleh YB Dato Ngeh Koo Ham bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Persekutuan malahan suatu tindakan menghasut rakyat Negeri Perak supaya tidak menghormati undang-undang dan institusi Kehakiman Negara.


Adakah ini keadilan yang dibawa dan diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang?

Saya juga menyatakan bahawa Dewan Negeri Perak perlu bersidang walaupun kes berkenaan semakan kehakiman yang difailkan oleh YB Dato Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin terhadap saya masih belum diputuskan.

Ini adalah kerana selagi mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan sebaliknya berkenaan perlantikan saya; kedudukan saya sebagai Menteri Besar Perak adalah sah dan saya bersama-sama barisan Exco saya berhak bagi menduduki kerusi yang sepatutnya diduduki oleh kami ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tuan Yang Dipertua Dewan juga mesti mengiktiraf dan menghormati perlantikan kami sehingga Mahkamah memutuskan sebaliknya.

Secara ringkas, Melalui kenyataan media di atas, MB Perak menjawab permainan perang saraf Ngeh-Nga-Nizar menuduh mahkamah berat sebelah.Jika benar, memang tidak adil. Adakah mahkamah hanya membuat keputusan menyebelahi BN? Bagaimana pula jika ianya satu pembohongan? Bukankah itu menghina mahkamah?

Sultan yang melantik Zambery, bukan Zambery melantik dirinya. Bukan Zambery yang memecat Nizar. Keputusan Sultan dibuat berdasarkan kuasa di dalam peruntukkan undang-undang dan perlembagaan. Di Malaysia, perlembagaan adalah "supreme" melebihi orang perseorangan, institusi, rakyat, proses demokrasi dan prosedur pentadbiran.Baginda telah gunakan prosedur sama yang diguna untuk melantik Nizar dalam melantik Zambery. Dengan hak yang ada pada Sultan, terpulanglah dia untuk menentukan dengan adil.

Keputusan Tuanku adalah prerogatif yang termaktub dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Perak dan penentangan secara tidak langsung bermaksud menentang sekali undang-undang, perlembagaan dan institusi negara.

Sememangnya salah untuk terlalu setia seperti Hang Tuah, tetapi tidak patut untuk bertindak seperti Hang Jebat yang hanya berdasarkan emosi, dendam, dan tidak rasional. Kita perlu setia tetapi tidak perlu menurut membabi buta. Kesetiaan kita adalah kepada susunan, proses peraturan, pengagihan kuasa dan institusi yang telah terbina sejak sekian lama…

Bumi Malaysia tercinta ini kita pinjam dari anak cucu kita. Peliharalah dengan sebaiknya agar anak cucu kita tidak merempat di bumi sendiri

Tuesday, April 28, 2009

APA LAGI YANG NIZAR NAK BUKTIKAN...SUDAH-SUDAHLAH TU....


Nizar nampak gaya masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang jawatannya sebagai MB telah gugur dan terlucut bila Sultan Perak melantik Datuk Dr. Zambry sebagai MB Perak yang baru.Sifat tidak puas hati Nizar masih lagi membara walaupun sudah beberapa kali diterangkan.

Perkara ini masih tiada penghujungnya bila Nizar masih lagi memfailkan notis usul agar Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tidak sah dan terbatal kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mohammad Nizar masih menyatakan dirinya Menteri Besar yang sah berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak kerana beliau yang bertindak menasihati Sultan.Bagi Nizar semua orang Termasuk Baginda Sultan harus menerima nasihat dari beliau sahaja .Dan orang lain tak layak nak menasihati beliau termasuklah Baginda Sultan Perak.

Sikap Nizar itu menggambarkan beliau seorang pemimpin Islam yang benar-benar sombong dan angkuh.Nizar berada di istana ketika baginda bertitah supaya dicari titik pertemuan antara parti-parti politik berbeza, tetapi selepas itu beliau boleh mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Tindakannya itu menunjukkan beliau bukan sahaja membelakangkan nasihat Sultan tetapi juga seorang pemimpin Islam yang angkuh dan sombong serta sanggup melihat kehancuran bangsa sendiri.

Apakah Nizar buat lupa titah Sultan bahawa perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.Sebaliknya Nizar pula beliau meminta Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Orang melayu merasa sedih bagaimana seorang pemimpin melayu sanggup memperlekehkan ingatan Baginda yang mahu orang melayu mencari satu formula untuk mencari perdamaian.Apakah Nizar sudah tidak mahu menganggap Sultan sebagai Payung pada seluruh rakyat negeri Perak.

Dari tindak tanduk Nizar dengan membawa kes perlantikan MB ke mahkamah jelas Nizar tidak mahu lagi menerima nasihat dari Sultan.Jelas Nizar ibarat berkerat rotan dalam kemelut ini.Sayang melihat pemimpin melayu sendiri menghina Rajanya sendiri hanya kerana kuasa .

Sedih melihat pemimpin melayu sendiri tidak membantu orang melayu Perak bila kuasa ditangan.Sedih melihat pemimpin melayu sendiri memberi hak orang melayu pada bangsa asing.Sedih melihat pemimpin melayu mementingkan kroni dari melihat bangsa sendiri yang merempat di tanah sendiri.

Pada Nizar ,insafilah titah Sultan yang mahu pergolakan ini berpenghujung bukan bermula....Diharap kita jangan lah jadi si tanggang dan malim kundang yang derhaka pada ibu bapanya.Diharap Nizar menerima apa yang Sultan titah ,walau ianya agak terlambat tapi ianya harus ada permulaan.

RENUNG RENUNGKAN LA.....BAK KATA NABIL YG MENANG ABPBH2008, LU PIKIR LA SENDIRI


Friday, April 17, 2009

PERLETAKAN JAWATAN FAIRUS SATU MAINAN POLITIK - DS NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti semalam sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Mohammad Fairus itu adalah satu keputusan politik.
"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Fairus, 32, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti berkuat kuasa serta merta atas alasan ingin memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat pada dasarnya tidak suka kepada pilihan raya kecil yang sengaja diadakan.

Ditanya peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Najib berkata, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah soal prinsip.

"Ini bukan soal peluang tetapi saya bercakap mengenai soal prinsip kerana berdasarkan perlembagaan, anggota Parlimen atau pun DUN perlu meneruskan khidmatnya sehinggalah ada sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.

"Tapi meletakkan jawatan jelas bertentangan dengan konsep demokrasi berpelembagaan kerana apabila seseorang itu menawarkan diri untuk berkhidmat dalam satu tempoh tertentu, beliau harus bersedia berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Najib berkata, terlalu banyak 'politiking' yang berlaku dalam negara boleh menjejaskan tumpuan terhadap pembangunan negara.

"Pada masa sekarang, kita harus tumpu kepada usaha untuk pulihkan ekonomi negara dan untuk membolehkan kita membela kepentingan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang berhubung situasi politik di Perak yang boleh menimbulkan huru hara seperti yang berlaku di Thailand jika DUN tidak dibubarkan, Najib berkata, perkara tersebut tidak mungkin berlaku.

"Saya tidak nampak ada krisis sebab kita adalah sebuah negara dan masyarakat yang berpegang teguh kepada keluhuran dan undang-undang negara.

"Jadi undang-undang mestilah menjadi prinsip yang harus kita hormati.
"Jangan kita hanya menghormati apabila keputusan itu berpihak kepada kita... dan bila tidak berpihak kepada kita, buat lain pula," katanya.


Wednesday, April 15, 2009

Jangan mudah melenting

APABILA Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kekecewaan berhubung sikap sesetengah pengundi Cina di Bukit Gantang yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN), kenyataan tersebut yang disiarkan dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia bukan sahaja diputar belitkan oleh akhbar-akhbar Cina, malah beberapa pemimpin kaum itu turut 'melenting'.
Mereka menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu tidak wajar. Malah ia juga dijadikan 'peluru' oleh pihak-pihak bukan Melayu untuk menyerang UMNO termasuklah kolumnis dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Tidak cukup dengan itu sebuah saluran radio berbahasa Mandarin milik kerajaan turut menjadikan ia sebagai polemik apabila selama satu jam membenarkan pendengar memberi maklum balas dan kesemua mereka 'membelasah' Muhyiddin.

Persoalannya, apakah kerana perkara yang dinyatakan berkaitan dengan masyarakat Cina atau India, maka mana-mana pemimpin UMNO tanpa mengira setinggi mana pun kedudukannya dalam kerajaan tidak boleh membuat teguran?

Kenapakah perlu pihak-pihak tertentu terlalu sensitif dengan teguran yang dibuat. Kalaulah mereka betul-betul berjiwa sensitif, mana-mana pemimpin bukan Melayu terutama dalam MCA atau Gerakan tidak akan tergamak menuding jari ke arah UMNO apabila BN mencatatkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Mereka menganggap UMNO menjadi punca sehingga Gerakan kehilangan kuasa di Pulau Pinang manakala MCA tewas dalam kebanyakan kerusi yang ditandingi akibat penolakan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Justeru dalam keadaan sekarang, tidak perlulah mereka terlalu berjiwa sentimental sehinggakan seorang berjawatan Timbalan Perdana Menteri pun tidak boleh bercakap sesuatu mengenai kaum lain.

Sebenarnya, biarpun mungkin mereka mengetahui kenyataan Muhyiddin sudah diputar belitkan tetapi pemimpin-pemimpin berkenaan tidak mahu menunggu dahulu bagi mendapat penjelasan beliau, sebaliknya mereka terus dengan sewenang-wenangnya membuat kenyataan balas.

Sikap tergopoh-gapah mereka itu turut dilakukan oleh sesetengah kolumnis dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang turut mengungkit pelbagai perkara berkaitan UMNO. Seolah-olah dalam apa juga perkara yang memungkinkan wujudnya kelemahan sokongan kaum Cina kepada MCA dan Gerakan, ia berpunca daripada UMNO.

Sebenarnya soal ungkit-mengungkit ini tidak akan menyelesaikan masalah kerana kalau UMNO mahu mengungkit jasanya kepada bukan Melayu ia sudah terlalu banyak malah terkumpul sejak sebelum merdeka lagi.

Tetapi UMNO lebih tepat lagi orang Melayu bukanlah satu kelompok yang dilahirkan untuk mengungkit segala jasa yang dilakukan. UMNO sentiasa berpegang dengan prinsip persahabatan dalam BN dan cuba menyelesaikan apa juga masalah melalui perbincangan serta rundingan.
Namun senario selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah segala-galanya. Kaum bukan Melayu dalam MCA, Gerakan dan MIC sudah berani menyuarakan sesuatu yang bertentangan dengan semangat BN malah ada ketikanya menyentuh perasaan orang Melayu.

Ketika itu tidak pula, pemimpin-pemimpin berkenaan memikirkan kesannya kepada orang Melayu. Tetapi, apabila Muhyiddin bercakap soal membalas budi, kaum bukan Melayu kononnya terasa tersinggung dan terhina.

Mereka menggunakan istilah seolah-olah kaum mereka digambarkan meminta-minta atau mengemis bagi mendapatkan sesuatu daripada BN.

Hakikatnya, sikap sensitif tidak bertempat ini harus dihentikan. Kalau pemimpin-pemimpin MCA terutamanya tidak mahu tersinggung, mereka juga jangan mudah menuding jari kepada UMNO apabila tewas dalam sesuatu pilihan raya.

Dalam kita bercakap soal membalas budi, Muhyiddin berkata dalam konteks yang benar tetapi ia bukanlah bermaksud masyarakat Cina tidak tahu mengenang budi seperti mana yang diputar belitkan oleh akhbar Cina.

MCA sendiri pun pasti memahami apabila permintaan pengundi di dalam sesuatu kawasan pilihan raya dipenuhi, sudah tentulah mana-mana parti yang memenuhi permintaan berkenaan akan mengharapkan mereka akan mendapat sokongan.

Tetapi di Bukit Gantang, keadaan berlaku sebaliknya, begitu juga di Bukit Selambau apabila sekolah jenis kebangsaan Tamil dibantu tetapi BN tetap juga tewas. Apakah situasi ini tidak mengecewakan MCA atau MIC?

Sedangkan pengundi Melayu yang tidak mendapat apa-apa peruntukan meningkatkan sokongan mereka kepada BN dan UMNO. Kalau begitulah sikap pengundi bukan Melayu, lebih baiklah segala peruntukan diberikan kepada pengundi Melayu, lagipun bukankah MCA tidak mahu pengundi Cina dilihat seperti 'meminta-minta'.

Oleh itu, jika MCA ingin terus bersama-sama BN, maka mereka juga perlu memegang teguh prinsip BN dan bukannya hanya bijak mencari salah orang lain terutamanya UMNO apabila kalah dalam pilihan raya.

Kepada kaum bukan Melayu pula, tidak kiralah setinggi mana pun kedudukan mereka, apa yang mereka nikmati sekarang adalah hasil perjuangan UMNO.

Memang betul UMNO adalah parti induk orang Melayu tetapi UMNO mempunyai semangat kerjasama dan setiakawan yang tulen dengan parti-parti komponen BN yang lain.
Malah dalam pemerintahan negara, biarpun UMNO menjadi pemimpin utama namun kepentingan kaum lain tidak dipinggirkan. Atas sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Ia bertujuan untuk memastikan tiada mana-mana rakyat di negara ini ketinggalan dalam apa juga bidang, mereka akan menikmati keadilan dan kesaksamaan.

Hakikatnya, kaum bukan Melayu tidak boleh melupakan jasa UMNO, kalau mereka tidak mahu dituduh tidak tahu membalas budi.

Sejak selepas pilihan raya umum lalu, kaum bukan Melayu seolah-olah mendapat suatu kekuatan baru apabila melihat orang Melayu berpecah. Justeru mereka membuat tuntutan yang bukan-bukan dan ketikanya mahu dilayan sama taraf dengan kedudukan orang Melayu.
Pelbagai permintaan dilakukan sehingga ada antaranya mahu sejarah mengenai negara ini ditulis semula kononnya atas dasar bagi mengiktiraf jasa kaum bukan Melayu.

Sebenarnya, UMNO dan pemimpin Melayu negara ini tidak pernah melupakan jasa bukan Melayu dalam membangunkan negara ini tetapi ia tidaklah bermaksud sehingga terpaksa membenarkan kaum berkenaan mengamalkan sikap 'beri betis hendak paha'.

Selepas 52 tahun kita merdeka, sepatutnya perkara-perkara yang dipersetujui bersama tidak dibangkitkan lagi, tetapi secara jujurnya apakah selepas pilihan raya umum lalu perkara itu masih dipertahankan oleh parti-parti komponen BN atau hari demi hari, ia semakin diganggu gugat?

Oleh itu, bagi mengelakkan perbalahan, perpecahan dan perpaduan kaum di negara ini tergugat, parti-parti berkenaan harus bermuhasabah. Jika mereka mahu UMNO dan orang Melayu menjaga hati mereka, maka mereka juga harus tahu menjaga hati orang lain.

Mungkin UMNO dilihat tidak kuat sekarang tetapi ini tidak bermaksud UMNO yang sudah banyak berjasa kepada rakyat negara ini termasuk mereka yang ada dalam barisan pembangkang, boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak sehinggakan pemimpin UMNO hendak menegur atau mengkritik sedikit pun tidak boleh.

sumber : Utusan Malaysia 15 April 2009

Tuesday, April 14, 2009

Pembangkang terus berkhayal

PERKATAAN asal bagi 'bayangan' ialah bayang-bayang. Kalau 'bayang-bayang' ia dikaitkan dengan tubuh manusia atau satu objek akibat tindak balas cahaya namun ia tidak boleh disentuh tetapi boleh dilihat. Kalau kita menggunakan istilah 'membayangkan' pula ia berkaitan dengan fikiran.

Justeru tidak kisahlah sama ada ia bayangan, bayang-bayang atau membayangkan, ketiga-tiga perkataan ini berkait rapat dengan perkara yang bukan nyata, tidak pasti dan lebih tepat lagi hanyalah khayalan.

Dalam sebuah lagi yang didendangkan oleh Ibnor Riza terdapat lirik berbunyi, ''Kau bayang-bayang masa nan silam ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah."
Mungkin inilah sindrom yang dihadapi oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyatakan bahawa mereka akan mewujudkan Kabinet bayangan, kononnya sebagai saingan kepada Kabinet Rakyat yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional (BN).

Bagi Anwar, beliau mahu rakyat membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang yang akan disenaraikan dalam Kabinet bayangan berkenaan adalah Perdana Menteri (yang sudah tentu beliau sendiri), Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.
Oleh itu, kalau rakyat berjumpa dengan mereka, rakyat mesti membayangkan bahawa Anwar dikelilingi oleh pengawal peribadi dan dilayan seperti Perdana Menteri. Begitu juga terhadap pemimpin-pemimpin yang disenaraikan.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Anwar yang terlepas jawatan Perdana Menteri apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 mahu menyeret rakyat ke alam khayalannya.

Tahun lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Anwar telah menubuhkan Kabinet bayangan pembangkang dengan matlamat untuk membolehkan rakyat membayangkan itulah bakal pemimpin mereka jika mimpi 16 September menjadi kenyataan.

Anwar sudah berkhayal bagaimana dirinya akan dilayan sebagai Perdana Menteri dan hadir mesyuarat Kabinet dengan dihimpit oleh dua atau tiga Timbalan Perdana Menteri.
Tidak perlulah kita menyebut siapa mereka kerana kita tidak mahu terlibat dalam dunia khayalan yang dicetuskan oleh Anwar.

Sebenarnya, pembangkang bukannya tidak mengetahui bahawa bayangan, bayang-bayang atau membayangkan adalah sesuatu yang bukan realiti, sesiapa juga boleh mencipta apa juga khayalan malah penulis pun boleh membayangkan (berkhayal) untuk menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Menteri atau Menteri, tetapi persoalannya wajarkah atau lebih tepat lagi waraskah untuk kita berbuat demikian?

Orang yang suka berkhayal atau sering membayangkan sesuatu perkara yang tidak pasti sebenarnya mempunyai krisis identiti, mereka tidak akan memikirkan apa lagi asalkan hati berasa seronok kerana membayangkan sesuatu yang mengasyikkan.

Sebelum ini pun pembangkang sudah masuk dalam dunia khayalan (bayangan) apabila membentangkan bajet tandingan selepas kerajaan membentangkan realiti Bajet 2009.
Mereka menyebut soal peruntukan berbilion-bilion ringgit tetapi hakikatnya 'habuk pun tarak', ini sama seperti seseorang membayangkan apa yang akan dia lakukan jika mempunyai RM1 juta. Dia hanya boleh membayangkan tetapi realitinya tiada.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak berasa gundah gulana dengan khayalan terbaru Anwar berhubung Kabinet bayangan berkenaan.

Ini selari dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan pembangkang masuh belum berputus asas cuba memberi gambara kepada rakyat bahawa mereka sedia mengambil alih kerajaan.

''Apa yang nyatakan Kabinet BN yang dibentuk menerusi saf baru bukan merupakan barisan bayangan tetapi yang sah dan mempunyai mandat serta tanggungjawab besar terhadap rakyat," kata Muhyiddin.

Sebenarnya, Anwar dan pembangkang ingin terus berpolitik, mereka sebenarnya bimbang dengan kedudukan kerajaan sekarang yang dilihat berusaha keras untuk memperkukuhkan kembali sokongan rakyat.

Gandingan mantap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin serta pelaksanaan gagasan Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan meresahkan pembangkang terutamanya Anwar.

Justeru mereka berusaha mencipta khayalan supaya rakyat akan terseret sama untuk bermimpi bersama-sama mereka.

Oleh itu apa sahaja yang akan dilakukan kerajaan akan cuba dijejaskan dengan 'bayang-bayang' tindakan mereka.

Walaupun mereka tahu ia tidak akan menjadi kenyataan tetapi demi keseronokan untuk terus berpolitik maka ia dilakukan.

Namun begitu, rakyat sudah pasti bijak untuk menilai antara realiti dan mimpi, antara kenyataan dan khayalan.

Anwar boleh membariskan berapa banyak pun bentuk anggota kabinetnya, tetapi hakikatnya yang memerintah negara sekarang ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Putrajaya pusat pentadbiran negara diisi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dari parti itu.

Berdasarkan kepada fakta ini, tidak perlulah kita melayan sangat mimpi-mimpi Anwar itu, biarlah beliau seorang sahaja dengan dibantu oleh beberapa pemimpin pembangkang terus berkhayal dengan pembentukan Kabinet mereka.

Selama ini pun mereka sudah banyak berkhayal dan ia tidak pun menjadi kenyataan, sama seperti impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Apa yang penting Kabinet BN mempunyai tanggungjawab berat untuk membuktikan kemampuan mereka kepada rakyat.

Sememangnya jika BN terus berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi segala impian (bukan khayalan) dan kehendak rakyat, maka sudah pastilah apa yang dibayangkan oleh pembangkang tidak akan menjadi kenyataan.

Mengenai telatah pembangkang pula, biarlah rakyat sahaja menilai sikap mereka itu terutamanya gelagat Anwar kerana suatu hari nanti apabila segala yang dikhayalkan oleh beliau tidak menjadi kenyataan.

Mungkin penyokong pembangkang sendiri akan 'mendendangkan' lirik lagu Ibnor Riza yang berbunyi: ''Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta siapakah dulu membina harapan dan siapa yang memusnahkan impian tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan, bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang."

Jika itu terjadi, maka ketika itulah barulah pembangkang memahami maksud sebenar bayangan!

Thursday, April 9, 2009

SENARAI PENUH BARISAN KABINET BARU...

Senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak


PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin


JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah


KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin


KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin


KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat


KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie


KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup


KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim


KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng


KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan


KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun


KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Melur : Selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya....

Gadai agama untuk menang

Pertama sekali tahniah saya ucapkan di atas kemenangan pakatan pembangkang di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah. Juga tidak lupa tahniah kepada BN atas kemenangan di Batang Air, Sarawak.

Sebagai seorang Melayu yang prihatin dengan situasi politik terkini, saya berasa amat risau. Risau melihatkan betapa Melayu kini tidak lagi segan silu menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk beroleh kemenangan. Melihatkan ADUN Pantai Remis membaca surah yang menurut beliau Surah Aura, yang tidak pernah wujud pun di dalam al-Quran, dan dengan bacaan yang sama sekali salah dan memalukan dalam satu majlis kempen di Bukit Gantang, begitu memilukan hati. Pilu apabila tiada seorang pun ahli Pas yang tampil untuk membetulkan kesalahan ADUN DAP itu sebaliknya bertepuk tangan tanda gembira kalam Allah dipermainkan.
Pemimpin pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ketika berkempen di Batang Air tanpa segan silu 'membenarkan' nama Allah digunakan oleh penganut agama lain selain agama Islam. Beliau menegaskan, selama ini larangan wujud kerana UMNO. Sedarkah beliau implikasi yang bakal berlaku? Sedarkah beliau agenda tersembunyi puak Nasrani terhadap penganut Islam di negara ini? Ingin saya bertanya kepada pemimpin Pas dan Anwar Ibrahim, berbaloikah kemenangan dengan menggadaikan agama?

Situasi politik di negara ini pada hemat saya semakin buruk dan membimbangkan. Bukan Melayu semakin berani mempersoalkan hak keistimewaan bangsa Melayu, sesuatu yang jarang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Malahan kedudukan Islam sebagai agama rasmi juga berani diganyang oleh pihak-pihak tertentu. Malang sekali apabila tindakan ini turut didalangi bangsa Melayu beragama Islam.

Soalan saya, adakah bangsa Melayu Islam sudah bersedia untuk kehilangan hak dan keistimewaan? Isu ini amat membimbangkan saya, apatah lagi melihat rakan pakatan DAP, iaitu Pas, sebagai Parti Islam menikus apabila berhadapan dengan DAP mengenai isu Islam dan hak Melayu.

Kebimbangan saya semakin terbukti apabila melihat kesediaan Datuk Seri Nizar Jamaludin dipergunakan oleh DAP untuk menderhakai Sultan Perak dalam peristiwa hitam baru lalu. Nizar bukan saja dipuji oleh ahli Pas, malah dianggap hero yang memperjuangkan keadilan oleh rakan sekutu mereka, DAP.

Drama di Perak memperlihatkan 'ketaksuban sehingga membutakan mata' orang Melayu yang menyokong pembangkang, sehingga tidak mampu lagi berfikir secara waras, malah hingga sanggup berbaring di tengah jalan.

Saya tertanya-tanya, tidak mampukah mereka mengira berapa ramaikah Exco DAP yang menguasai pentadbiran Perak,dan berapa ramaikah exco Pas? Ternyata, minda mereka tidak mampu lagi berfikir siapa sebenarnya yang menguasai Perak semasa pemerintahan pakatan pembangkang sebelum BN mengambil alih kuasa di Perak dua bulan lalu.

Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebenarnya menggambarkan bahawa undi bukan Melayu sentiasa bersatu, kerana mereka jelas dengan matlamat dan agenda mereka. Undi Melayu pula dipecahkan oleh emosi dan kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu yang gagal menafsir agenda tersembunyi parti serpihan PAP dari Singapura, DAP, yang sentiasa membayangi Pas dalam kempen di Bukit Gantang.

Pesanan saya, ingatlah Singapura yang sudah tergadai dan nasib yang menimpa warga Melayu Singapura. Fikirlah untung nasib anak-anak kita di kemudian hari. Jangan pula mereka yang menjadi mangsa kesilapan kita yang gagal berfikir.

PIAN
Tapah, Perak

sumber : Utusan online

KENAPA PAKATAN RAKYAT MENANG DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU????

KENAPA PAS MENANG PRK N.59 BUKIT GANTANG..??

A. NIZAR @ PAS = 21,860 orang yang mengundi dia
B. ISMAIL @ UMNO = 19,071 orang yang mengundi dia

1) Pengundi MELAYU@ISLAM
a) orang melayu@islam yang vote PR : 7,906 orang @ 30%
b) orang melayu@islam yang vote BN : 18,095 orang @ 70%

2) Pengundi CINA
a) orang cina yang vote PR : 10,547 orang @ 95%
b) orang cina yang vote BN : 556orang @ 5%
(ahli2 terdekat MCA & GERAKAN cawangan dia jek yg
undi dia ni + ckit yg lalang)

3) Pengundi INDIA
a) orang India yang vote PR : 3,361orang @ 90%
c) orang India yang vote BN : 374 orang @ 10%
(ahli2 terdekat MIC & PPP cawangan dia jek yg undi dia ni + ckit yg lalang)

4) Pengundi LAIN-LAIN
a) orang lain-lain yang vote PR : 46 orang @ 50%
b) orang lain-lain yang vote BN : 46 orang @ 50%

KENAPA PKR MENANG PRK N.25 BUKIT SELAMBAU..??

A. MANIKUMAR @ PKR = 12,632 orang yang mengundi dia
B. GANESAN @ BN = 10,229 orang yang mengundi dia

1) Pengundi MELAYU@ISLAM
a) orang melayu@islam yang vote PR : 2,872 orang @ 32%
b) orang melayu@islam yang vote BN : 8,895 orang @ 68%

2) Pengundi CINA
a) orang cina yang vote PR: 3,750 orang @ 90%
b) orang cina yang vote BN: 416 orang @ 10%
(ahli2 terdekat MCA & GERAKAN cawangan dia jek yg undi dia ni + ckit yg lalang)

3) Pengundi INDIA
a) orang india yang vote PR: 5,676 orang @ 85%
b) orang india yang vote BN: 1,001orang @ 15%
(sedara mara dia serta ahli2 terdekat MIC & PPP cawangan dia jek yg undi dia ni + ckit yg lalang)

4) Pengundi LAIN-LAIN
a) orang lain-lain yang vote PR: 334 orang @ 95%
b) orang lain-lain yang vote BN: 17orang @ 5%

Secara totalnya kalau kita perhatikan betul2 rakyat biasa orang melayu@islam masih bersatu memberi harapan, sokongan dan kepercayaan penuh kepada UMNO@BN untuk memerintah negara. Walaupun pelbagai tohmahan dan difitnah membabi-buta terhadap UMNO@BN namun secara keseluruhannya rakyat biasa orang melayu@islam masih mempercayai dan sayang terhadap kerajaan UMNO@BN. Secara dasarnya, PAS bukanlah lagi pilihan utama. Manakala secara totalnya kita lihat orang cina dan india pula beralih arah dan bersatu memberi sokongan sepenuh-penuhnya pula kepada pembangkang untuk memerintah negara. Kenapa orang cina dan india memberi sokongan penuh pula kepada PKR dan PAS?? Sedangkan parti2 ini ketuanya di pelopori oleh orang melayu dan ekstream islam.. Macam ada yang tak kena.
Pelikkan. .??

Cuba kita selongkar disebalik apa yang berlaku!!
a) secara keseluruhan dulu orang cina/ india menyokong BN@UMNO dan mereka tersalah perhitungan walaupun mereka ini rajin bekerja, pandai berniaga dan cerdik dalam pendidikan namun mereka hanya boleh menguasai ekonomi negara sahaja tetapi tidak pada politik dan pemerintahan tertinggi. Pemimpin mereka dr MCA & MIC diibaratkan seperti boneka kepada kerajaan BN dan boneka kepada orang melayu. Orang cina india tidak kemana dalam arena politik kerajaan BN sehingga sekarang lebih 50 tahun didalam politik mereka hanya boleh menduduki ketua negeri di negeri yg tidak mempunyai sultan dan menteri kabinet sahaja..

b) mereka terpaksa undi PAS kerana penyokong PAS sahaja yang mampu terbaring ditengah jalan menyekat kereta dan memaki hamun sultan sendiri manakala mereka menolak UMNO@BN kerana orang UMNO menghormati sultan dan pemerintahan raja berperlembagaan.

c) mereka menolak UMNO dan memilih PAS kerana orang PAS dan PKR sahaja yang mempertahankan penggunaan perkataan Allah sebagai tuhan dalam semua agama.

d) mereka kini mengundi PAS dan PKR kerana orang PAS dan melayu PKR sahaja yang berani memaki hamun bergaduh menentang kaum sendiri tetapi mereka tidak berani memaki hamun bergaduh terhadap kaum lain.

e) kini mereka pangkah PAS dan PKR kerana mereka rasa jika berlaku pergaduhan kaum seperti tragedi 13 Mei berulang hanya melayu@islam PAS dan melayu@islam PKR sahaja yang tergamak memukul melayu@islam UMNO walaupun seagama dan sekaum. Tetapi mereka tidak akan melakukannya terhadap kaum@agama lain. Lain pula kepada melayu@islam UMNO mereka tidak tergamak sekali memukul melayu@islam PAS dan PKR walaupun bermusuhan politik tapi kaum@agama lain yang mereka cari untuk melepaskan marah.

f) hanya PAS dan PKR sahaja yang mampu dan sanggup bertuankan mereka.

g) hanya PAS dan PKR sahaja cara untuk orang melayu menolak raja-raja melayu.

h) hanya melalui PAS dan PKR sahaja cara untuk mereka dapat memerintah ketahap paling tinggi.

i) mereka tahu hanya melalui PAS dan PKR sahaja mereka tidak dibonekakan dan kini tiba masa pula mereka hendak mencari boneka terhadap orang : melayu@islam. atau dgn kata lebih jelas lagi adalah proksi. PEMERINTAHAN MELALUI PROKSI.

j) Dulu kalau anda masih ingat lagi semasa PAS bersendirian dia begitu lantang menyuarakan kehendak-kehendak islam dan menjaga kepentingan umatnya. Walaupun dulu dalam islam perkara itu ini tidak salah namun dengan alasan menjaga nama baik islam dan penganutnya PAS begitu lantang menentang dgn alasan ingin menjaga kesucian agama dan penganutnya. Tapi sayang kini tidak lagi. Gara-gara hendak kekal dan menarik pengundi dari agama lain kini mereka hilang taring dalam islam. Mereka dilihat seperti parti-parti perjuangan lain. Sekarang kita tidak dapat bezakan antara pendirian pengikut PAS dan PKR. Malah kita lihat PAS terikut-ikut rentak dan cara PKR.

k) Tidak dinafikan kita memerlukan sebuah parti yang betul-betul tegas memperjuangkan islam agar parti lain sentiasa berwaspada dengan tingkah laku corak kepimpinan mereka. Namun itu hanya tinggal kenangan. Kini orang islam@melayu makin terhakis pandangan tinggi terhadap perjuangan PAS. Bagi mereka PAS sama sahaja seperti parti2 lain yang hanya mementingkan hal-hal politik dari kepentingan agamanya.