Thursday, August 28, 2008

Siaran langsung Parlimen hanya untuk sesi soal jawab, kata Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR 28 Ogos — Siaran langsung persidangan Dewan Rakyat adalah hanya untuk sesi soal jawab dan bukannya untuk upacara mengangkat sumpah oleh mana-mana Anggota Parlimen, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

“Dasar yang kita buat hanyalah siaran langsung mengenai sesi soal jawab, ia bermula dengan soalan yang pertama sehingga setengah jam selepas itu.
“Jadi kita teruskan dengan apa yang ada dan tidak boleh kita berubah hari ini semata-mata kerana memberi keistimewaan kepada seseorang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai upacara mengangkat sumpah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pagi tadi yang tidak disiarkan secara langsung. - Bernama

Sumber : Utusan Online

Melur : DS Anwar Ibrahim seharusnya mengkaji dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu pendapat. Siaran langsung hanya untuk sidang parlimen dan bukanlah untuk upacara angkat sumpah...Jadilah ketua pembangkang yang berinfo dan bermaklumat....bukan hanya mengeksploitasi sesuatu isu

No comments:

Post a Comment