Tuesday, May 19, 2009

SEJARAH BARU DICATATKAN DI PENANTI

“Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang. Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” DS Najib.

Belum pernah berlaku didalam sejarah negara sejak merdeka 53 tahun yang lampau, Barisan Nasional dengan sengaja tidak bertanding didalam Pilihan raya kecil yang berlaku dimana-mana tempat didalam Malaysia.

Ada 3 alasan yang dirasakan wajar, telah diberikan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak iaitu =

(1) kekosongan kerusi di Penanti itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

(2) pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

(3) BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur petang semalam.

Dengan keputusan ini juga membuktikan bahawa PM baru Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tetap berpegang teguh dengan cadangannya sebelum ini untuk tidak bertanding di Penanti. Beliau dilihat berani mengambil keputusan ini walaupun terdapat beberapa pihak termasuk mantan PM Malaysia, Tun Mahathir Mohamad yang berpendapat bahawa BN perlu bertanding merebut DUN Penanti bagi menjaga maruah UMNO dan BN dan mengelak dari dilabel sebagai penakut.

Tindakan DS Najib ini adalah tepat pada waktunya .Tidak timbul soal takut mahupun pengecut dalam hal ini jika kepentingan dan tanggungjawab untuk rakyat dan negara akan diutamakan. PRK Penanti sebenarnya tidak patut diadakan kerana alasan kekosongan kerusi itu alasan bodoh dan tidak munasabah dan ianya jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mahu membela dan memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka laung-laungkan .

Memang tidak dapat dinafikan apabila mengadakan pilihanraya maka ia akan membazir seperti kos SPR ,kos pengurusan ,kos untuk menjaga keselamatan pilihanraya. Dengan keputusan BN tidak bertanding ,maka BN sudah boleh mejimatkan kos untuk berkempen,sumbangan dan sebagainya.Apabila BN tidak bertanding ,maka BN tidak perlu fikir lagi bagaimana nak meraih sokongan pengundi .

Kita tengok aje gelagat Anwar dan askar-askarnya selepas ini pusing @ round Penanti berkempen…. Lagi bagus kalau tak payah di sebut walau sebutir pun kisah di Penanti nanti, malah lagi bagus kalau akhbar, radio, dan tv menganggap seolah-olah PRK tersebut tidak wujud.

Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya…Tak perlu menari kalau gendang yang dipalu sumbang rentaknya….


No comments:

Post a Comment