Tuesday, July 14, 2009

Azmin terus desak rombakan exco

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, hari ini terus mendesak supaya kerajaan negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan Exco Selangor. Beliau berkata, cadangannya pada Khamis lalu, supaya Exco dirombak tidak semestinya memecat mana-mana individu, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan menukar portfolio ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. "Terserah kepada Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya kepada wartawan pada waktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sungguhpun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan exco-exco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor, katanya. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu sudah meminta supaya barisan Exco kerajaan negeri dirombak kerana tidak berpuas hati dengan prestasi exco tertentu yang didakwa gagal memajukan negeri itu. Beliau membuat kenyataan itu ketika sidang DUN, yang turut tidak senang dengan cara pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang diumumkan Isnin lalu.

Beliau mendakwa, pelantikan ahli majlis berkenaan dibuat tidak selaras dengan prinsip serta semangat kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas. Dalam perkembangan lain, Azmin turut meminta Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya pembabitan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti “gelap” di Selangor. Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman blognya itu perlu perlu disahkan daripada segi kesahihannya. "Dia baru buat kenyataan semalam dan saya belum mendapat penjelasan maksud di sebalik kenyataan itu. Saya tidak tahu, tapi saya perlu dengar penjelasan dan Wee perlu beri penjelasan kepada parti," tambah Azmin. - Bernama

MELOR : Situasi terbaru yang melibatkan exco DAP ini membuktikan MB Selangor tidak mampu menguruskan negeri Selangor dengan baik. Jika sebelum ini Exco PKR dibelit dengan skandal peribadi dan ketidakmampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang kini exco DAP pula dikaitkan dengan masalah kongsi gelap. Semua ini menggambarkan wajah sebenar Pakatan Rakyat... Pemimpin yang dipilih tangkap muat sahaja. Akhirnya jadilah camni...

No comments:

Post a Comment