Monday, October 13, 2008

MP PERMATANG PAUH SEDUKTIF DALAM PARLIMEN

Hari pertama sesi parlimen dewan telah mendengar ucapan MP Permatang Pauh selaku ketua pembangkang. Beliau telah membahas mengenai bajet 2009. Beliau mempolitikkan perkara-perkara biasa didengar semasa kempen-kempen diluar parlimen. Ini termasuklah rasuah, pembaziran, pembelian saham BII, kronisme, komisyen, pembelian kapal selam dan penurunan saham.

Ucapan beliau didapati seduktif dan cuba memesongkan fokus dewan yang sepatutnya membincangkan bajet 2009. Penekanan kepada politik adalah keterlaluan dan sehingga ahli-ahli dewan merasa muak dengan hujah-hujah lama yang sesuai di bincangkan semasa kempen pilihanraya.

MP Permatang Pauh bernasib baik kerana semasa berbahas, beliau disokong oleh MP Gombak, Mp Padang Serai, Mp Shah Alam, Mp Ipoh Timur, Mp Batu Gajah, Mp Seputeh yang cuba menumpang publisiti murah dalam dewan dan juga dari pelawat di galeri yang tidak tahu-menahu apa yang berlaku di dalam dewan. Penyokong MP Permatang Pauh cuba membawa usul agar bajet 2009 dikaji semula,dewan ditangguhkan sehingga esok supaya ahli kabinet hadir untuk menjawab apa yang ditimbulkan pada sebelah pagi di dewan.

Pemerhati berpendapat bahawa, elok dibiarkan pembangkang bercakap dengan sepuas-puas hati. Biarkan mereka letih memberi pandangan sebelum kerajaan menjawab kemudian.

No comments:

Post a Comment