Tuesday, August 18, 2009

DULU LAIN, SEKARANG LAIN...

Ramai Pemimpin PAS telah banyak menabur janji untuk menegakkan sinar Islam dalam pentadbiran kerajaan kepada orang Melayu Islam ketika kempen pilihanraya terdahulu. Malangnya selepas pilihanraya ke-12, disebabkan mereka memilih untuk bersekongkol dengan DAP dan PKR, maka mereka telah terpaksa menelan balik apa yang di janjikan semata-mata untuk memperolehi kuasa politik yang sementara didunia ini.

Terbaharu Tok Guru PAS Nik Aziz menghalalkan orang DAP untuk menghina Islam kerana kononnya orang kafir tidak memahami Islam. Pelik juga… selepas merdeka 52 tahun masih ada rakyat Malaysia bukan Islam tak faham mengenai rasa hati orang Islam.

Senario mutakhir ini pula meletakkan PAS yang sering mendakwa Malaysia Negara Sekular akan bukan sahaja mengalah dalam isu jual dan minum arak sahaja, malah terpaksa mengalah dalam pelbagai isu-isu lain yang serupa - judi, rumah urut, pub dsb.

Maknanya,dalam sistem sekular yang memisahkan tuntutan kehidupan beragama dengan duniawi itu,langsung tidak ada keutamaan pertimbangan agama.

Yang peliknya kenapa tidak kedengaran suara NGO dalam isu arak di Selangor? Walhal ada antara mereka yang begitu lantang menyuarakan pendapat dan pandangan mengenai isu yang sama dalam laman blog pembangkang sejurus sebelum PRU 12?????

Thursday, August 13, 2009

PAS SOKONG KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR

SHAH ALAM 12 Ogos - Pas Selangor menyokong keputusan kerajaan negeri supaya semua premis perniagaan di negeri itu melaksanakan konsep kawalan sendiri bagi membanteras penjualan arak kepada orang Islam dan bawah umur.

Ini bermakna parti Islam itu menyokong tindakan kerajaan negeri untuk tidak mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas tidak pernah berbeza pendapat dengan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan, malah keputusan yang dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menepati kehendak Pas.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Selangor itu, mesyuarat tergempar Pas Selangor pada Jumaat lalu juga telah setuju untuk menyokong keputusan kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Kenyataan Halimah itu bagaimanapun bercanggah dengan Ketua Penerangan Pas, Roslan Mohd. Shahir yang dilaporkan berkata, Pas Selangor tetap dengan pendirian meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam.

Malah, Dewan Pemuda Pas Selangor memberi tempoh sebulan kepada kerajaan negeri untuk mengharamkan penjualan itu di kawasan majoriti Islam.

''Kita sependapat dengan keputusan kerajaan negeri. Laporan yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak persefahaman apabila Pas dan DAP berbeza pendapat adalah tidak benar,' katanya ketika ditemui pada Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini semalam.

Mengenai cadangan DAP supaya pakatan pembangkang menubuhkan lembaga disiplin terhadap Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali kerana membuat kritikan terbuka, Halimah berkata, ia hanyalah salah faham dan salah lapor.

''Kita ni seperti adik beradik. Tiada sebarang sengketa atau perbalahan. Apa yang berlaku hanyalah disebabkan salah faham," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009

MELOR : Kemana menghilangkan identiti PAS yang sebelum ini mewarwarkan memperjuangkan Islam?. Kenapa boleh berdolak dalih dalam isu penjualan arak di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam. Mengapa mereka begitu mudah tunduk kepada DAP dan PKR?. Jika dahulu mereka hanya berpeluang mengkritik setiap dasar dan langkah yang diambil oleh kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Tetapi kini bila mereka berpeluang untuk memerintah beberapa negeri termasuk Selangor, nampaknya tak sampai sepenggal memerintah, mereka telah menyerlahkan ketidakupayaan dan kekalutan dalam mentadbir....itu baru beberapa negeri. Belum lagi satu negara.....



Monday, July 20, 2009

KEKALUTAN DALAM PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT...

Politik Malaysia hari ini nampak sungguh kalut sekali sejak Pakatan Rakyat memenangi beberapa negeri. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pula semakin terserlah tidak bersependapat dalam isu-isu tertentu. Kerapuhan dalam PR menyebabkan pelbagai masalah yang timbul di 5 negeri yang berjaya dikuasai oleh mereka selepas PRU ke-12....

PERAK

Politik di Negeri Perak memang berat dan kecoh. Bekas Menteri Besar negeri itu dan bekas ahli Exconya tidak faham sama sekali tentang kedudukan lantikannya.Apabila 3 orang daripada Wakil Rakyat yang di sebelah pihak mereka keluar menjadi wakil rakyat Bebas, menjadikan jumlah majoriti mereka kurang kepada 28 sahaja. Tiga wakil rakyat tadi berpindah untuk menyokong Barisan Nasional yang sebelumnya 28 wakil, menjadi 31 orang seterusnya membentuk majoriti dan kerajaan.

Jika selepas PRU ke-12 BN menerima dengan terbuka kekalahan mereka tetapi lain pula Halnya dengan PR. Apabila tidak lagi mendapat majoriti dalam DUN Perak, mereka menjadi kelam kabut dan memberontak sehingga sanggup ‘sembah derhaka’ kepada Sultan Perak. Lihatlah bagaimana kebiadapan mereka...

KELANTAN

PRK MANEK URAI

KEPUTUSAN RASMI :
Mohd.Fauzi Abdullah (PAS) : 5348
Tuan Aziz Tuan Mat (UMNO) : 5283
Majoriti : 65
Undi Rosak : 115%
pengundian : 87%

Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan. Ianya ibarat satu petunjuk amaran daripada rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Nyatalah pengundi sekarang sudah semakin dapat menilai kebenaran @ ‘membezakan antara intan dan permata”. Perbalahan sesama sendiri menyebabkan rakyat melihat parti itu semakin rapuh. Aura Tok Guru Nik Aziz pun semakin berkurang dinegeri Serambi Mekah... mungkin disebabkan Tok Guru yang begitu beriya-iya menentang KERAJAAN PERPADUAN sedangkan ia adalah satu langkah yang baik untuk perpaduan bangsa Melayu.

SELANGOR

Permintaan Azmin Ali Adun bukit Antarabangsa supaya barisan Exco kerajaan negeri di rombak semula amat megejutkan. Di saat PKR Selangor tengah pening kepala untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka, ADUN, Ahli Parlimen dan Pemimpin PKR di peringkat bahagian dan JDM (Jawatankuasa Daerah Mengundi) sekarang ini di laporkan teruk bergelumang dengan RASUAH dan SALAH GUNA KUASA.

Cerita-cerita mengenai adun PKR yang merembat duit peruntukan DUN, menggunakan wang peruntukan kerajaan negeri untuk function peribadi, meminta wang pendahuluan untuk berberapa projek seperti pembersihan kawasan dan kontrak pasir, malah ada banyak lagi kes-kes penyelewengan adun PKR.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN. Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut diserbu SPRM.

Lebih jadi haru biru bila Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai penglibatan salah seorang Exco dengan kumpulan kongsi gelap dan pelbagai lagi aktiviti haram membuktikan kelemahan barisan Exco kerajaan Negeri Selangor

KEDAH

Tindakan DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat memperlihatkan bagaimana rapuhnya ikatan di dalam Pakatan Rakyat. Dua punca utama yang dijadikan alasan ialahtindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di kampung Berjaya dan 50 % koata perumahan bumiputera di Kedah.

Walaupun hanya untuk sepuluh hari sahaja, ia sedikit sebanyak menjejaskan imej mereka. Dan seperti yang dijangka selepas sepuluh hari keluar Pakatan Rakyat negeri, DAP Kedah mengumumkan menyertai dan menyokong semula pentadbiran negeri. Perkara itu diumumkan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas semua isu dipertikaikan diselesaikan. Dan selepas ini, apabila tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS bolehlah DAP bertindak keluar PR selama beberapa hari sehingga tuntutan mereka dipenuhi....

PULAU PINANG

APABILA pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) selepas mereka mengetuai demonstrasi haram pada 25 November 2007, parti pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan saja paling awal menunjukkan simpati, malah mempertahankan pelbagai tindak-tanduk pertubuhan itu walaupun ia dilihat boleh mencetuskan pergeseran antara kaum di negara ini.

Penahanan lima pemimpin Hindraf mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kemudian dijadikan modal politik pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan kejayaan mereka menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan di lima negeri.

Walaupun tindakan Hindraf, dalam keghairahannya memperjuangkan hak kaum India di negara ini, menyinggung perasaan sebahagian besar orang Melayu, seperti memorandum 18 perkara kepada Kerajaan Britain dan dakwaan `pembersihan etnik' oleh umat Islam negara ini, pembangkang menjadikan pemimpin yang ditahan itu sebagai 'wira.'

Isu Kampung Buah Pala ini memberi pengajaran terbaik kepada kerajaan Pulau Pinang supaya faham kenapa pihak berkuasa terpaksa bertindak tegas kepada Hindraf sejak mereka mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur dua tahun lalu

para penyokong dan pengundi-pengundi PAS, PKR dan DAP perlu menilai sejauhmanakah kemampuan PR menangani masalah rakyat. Buka mata, buka hati dan celikkan minda. Janganlah hanya menyokong dengan membuta tuli. Pakatan Rakyat terus menghadapi krisis keyakinan dan kepimpinan walaupun tak sampai 2 tahun mmemerintah. Krisis seumpama ini tidak pernah berlaku dalam BN.

Tetapi pemimpin PR amat cekap memanipulasi pelbagai isu bagi menutup kepincangan dan kelemahan dalam pakatan mereka. Dan yang terbaru, mempolitikkan kematian Teo Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu sebenar iaitu siasatan SPRM ke atas wakil-wakil rakyat PR Selangor...

Tapi jangan lupa “ sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua....”


BERKABUNG CARA ISLAM @ CARA PAS?????




Melihat kepada akhbar Sinar Harian, Sabtu (18 Julai 2009), kelihatan Ir Nizar berbaju hitam dengan memegang sebatang lilin bersama rakan2 bangsa Tionghua dalam acara berkabung untuk mendiang Teoh Beng Hock.
Persoalan yang tercetus diminda saya ialah, "orang Islam boleh ker berkabung + pegang lilin untuk orang kafir?” Kalau begitu tak salah ler kalau remaja2 Islam turut serta berkabung sambil memegang lilin untuk Michael Jackson atau untuk sesiapa saje yang menjadi idola mereka.
Takkanlah bila melibatkan isu-isu yang boleh dipolitikkan, segalanya dibolehkan dan dihalalkan. Lebih2 lagi bila ia dilakukan oleh seorang pemimpin PAS yang dipandang tinggi sebagai bekas/bakal pemimpin Negeri Perak yang berpartikan Parti ISLAM Semalaysia (PAS).

Setahu saya, dalam Islam memang ada berkabung... cuma caranya bukan macam itu. Dan lagi satu, dalam Islam, ianya dianggap sebagai tempoh bersedih.
Ada dua jenis berkabung... satu kematian dan satu lagi perceraian. tempoh ini diperuntukkan biasanya untuk wanita sebab wanita ni kalau bersedih, lambat hilang. satu lagi tempoh (iddah) diperuntukkan untuk perceraian untuk membuktikan yang si perempuan tidak hamil....tetapi dalam Islam, rasanya untuk keluarga terdekat je tempoh bersedih ni....
dan takde pegang2 lilin.....



Tuesday, July 14, 2009

Azmin terus desak rombakan exco

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, hari ini terus mendesak supaya kerajaan negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan Exco Selangor. Beliau berkata, cadangannya pada Khamis lalu, supaya Exco dirombak tidak semestinya memecat mana-mana individu, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan menukar portfolio ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. "Terserah kepada Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya kepada wartawan pada waktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sungguhpun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan exco-exco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor, katanya. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu sudah meminta supaya barisan Exco kerajaan negeri dirombak kerana tidak berpuas hati dengan prestasi exco tertentu yang didakwa gagal memajukan negeri itu. Beliau membuat kenyataan itu ketika sidang DUN, yang turut tidak senang dengan cara pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang diumumkan Isnin lalu.

Beliau mendakwa, pelantikan ahli majlis berkenaan dibuat tidak selaras dengan prinsip serta semangat kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas. Dalam perkembangan lain, Azmin turut meminta Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya pembabitan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti “gelap” di Selangor. Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman blognya itu perlu perlu disahkan daripada segi kesahihannya. "Dia baru buat kenyataan semalam dan saya belum mendapat penjelasan maksud di sebalik kenyataan itu. Saya tidak tahu, tapi saya perlu dengar penjelasan dan Wee perlu beri penjelasan kepada parti," tambah Azmin. - Bernama

MELOR : Situasi terbaru yang melibatkan exco DAP ini membuktikan MB Selangor tidak mampu menguruskan negeri Selangor dengan baik. Jika sebelum ini Exco PKR dibelit dengan skandal peribadi dan ketidakmampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang kini exco DAP pula dikaitkan dengan masalah kongsi gelap. Semua ini menggambarkan wajah sebenar Pakatan Rakyat... Pemimpin yang dipilih tangkap muat sahaja. Akhirnya jadilah camni...

Monday, July 6, 2009

KENAPA BN WAJAR TERUS MEMERINTAH….

Jika kita baca, berita-berita yang tersiar dalam akhbar-akhbar arus perdana mutakhir ini adalah pergolakan yang berlaku di dalam gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat (PR).Nampak jelas dan terang bahawa Pakatan Rakyat tidak seiya sekata di dalam persefahaman mereka, masing-masing memang tiada semangat kerjasama.

Oleh itu apa yang tertulis didalam Mingguan Malaysia (Ahad, 5 Julai 2009), Kemelut pakatan bukti BN terbaik adalah sewajarnya difikirkan oleh penyokong-penyokong PR.
Sebenarnya sedikit kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12 adalah ujian Allah untuk pemimpin-pemimpin PR. Namun keangkuhan dan pertelingkahan para pemimpin PR, baik dari PKR, DAP, atau pun PAS, sudah tidak dapat dibendung dan disembunyikan lagi. Rakyat sedang memerhatikan dan semakin dapat melihat kebenaran yang semakin terserlah dari sehari ke sehari. setelah Allah memberikan sedikit kemenangan didalam PRU12 dahulu, Maka tidak mustahil jika Allah tarik semula kemenangan yang di perolehi ini didalam PRU13 nanti.

Sesungguhnya bukan mudah untuk menjaga kemenangan, oleh itu, dengan apa yang berlaku kini, membuatkan rakyat @ penyokong PR tersentak dari lamunan, BN telah berjaya mengekalkan kemenangan selama lebih dari 50 tahun, walau pun ada pertelagahan, tetapi tidak sampai memecahkan mereka.Pemimpin PR seharusnya mengakui persepakatan didalam PR terlalu longgar, semasa mula-mula dulu semuanya memperakui bahawa Datuk Seri Anwar adalah ketua PR, tetapi bila dah menang, masing-masing mula nak menaikkan pemimpin parti masing-masing. Mungkinlah agaknya jika PR berjaya memenangi pilihanraya nanti, lagi dahsyat perebutan untuk menjadi pemimpin.

Maka sewajarnya dan selayaknya BN terus memerintah Malaysia. Kalau pertelingkahan untuk memutuskan @ memilih pemimpin yang benar-benar diterima oleh semua pihak di dalam Pakatan Rakyat pun tidak mampu dilakukan bagaimana PR nak memerintah Malaysia?????.

Begitulah adanya..........................................................

Monday, June 29, 2009

UMNO - AYAH PIN, CHIN PENG @KOMUNIS

Kata Tuan Guru Nik Aziz, beliau samakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng sama seperti kita guna peribahasa Melayu 'seperti rusa masuk kampung' terhadap seseorang. Yakni, bukanlah kita kata orang itu rusa, berekor dan bertanduk. Cuma ada sifat tertentu yang serupa.Maka selepas ini bolehlah anak-anak kita kata pada kawannya, "engkau ni pendek macam babi." Nik Aziz ajar.

Kalau kita mengunakan akal yang waras.. isu samakan UMNO dengan Ayah Pin atau Chin Peng, tidak akan diterima. Penyamaan ini, seolah-olah tiada isu lagi yang perlu diketengah demi polimik. Biasalah seorang pemimpin berusaha mencari isu agar tidak kering isu, untuk mengikat penyokong. Bagi penyokong yang sudah taksub, apapun isu yang diketengahkan pasti dianggap betul. Namun, dalam suasana sekarang ini, gunalah akal fikiran kita untuk menilai mana yang betul mana yang tidak betul. Janganlah jadi seperti “kerbau dicucuk hidung”.

Mufti Perak pun telah dicerca disebabkan menegakkan kebenaran. Berikut adalah beberapa terjemahan Al Quran dipetik dari temubual Mufti Perak.

Firman Allah dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya.

"Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri. (al-Maa'uun: 4-5)

Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).

"Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara".

"Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).

Sebagai umat Islam kita sepatutnya kasihkan sesama Islam sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘kasihkan saudara kamu sepertimana kamu kasihkan diri kamu sendiri’.

Selepas menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng, TG Nik Aziz mengajak PM berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar UMNO dan PAS...tapi bak kata Tun Mahathir, BUANG MASA DEBAT DENGAN NIK AZIZ KERANA IA TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG FAEDAH" .

MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU...