Monday, October 13, 2008

MP PERMATANG PAUH SEDUKTIF DALAM PARLIMEN

Hari pertama sesi parlimen dewan telah mendengar ucapan MP Permatang Pauh selaku ketua pembangkang. Beliau telah membahas mengenai bajet 2009. Beliau mempolitikkan perkara-perkara biasa didengar semasa kempen-kempen diluar parlimen. Ini termasuklah rasuah, pembaziran, pembelian saham BII, kronisme, komisyen, pembelian kapal selam dan penurunan saham.

Ucapan beliau didapati seduktif dan cuba memesongkan fokus dewan yang sepatutnya membincangkan bajet 2009. Penekanan kepada politik adalah keterlaluan dan sehingga ahli-ahli dewan merasa muak dengan hujah-hujah lama yang sesuai di bincangkan semasa kempen pilihanraya.

MP Permatang Pauh bernasib baik kerana semasa berbahas, beliau disokong oleh MP Gombak, Mp Padang Serai, Mp Shah Alam, Mp Ipoh Timur, Mp Batu Gajah, Mp Seputeh yang cuba menumpang publisiti murah dalam dewan dan juga dari pelawat di galeri yang tidak tahu-menahu apa yang berlaku di dalam dewan. Penyokong MP Permatang Pauh cuba membawa usul agar bajet 2009 dikaji semula,dewan ditangguhkan sehingga esok supaya ahli kabinet hadir untuk menjawab apa yang ditimbulkan pada sebelah pagi di dewan.

Pemerhati berpendapat bahawa, elok dibiarkan pembangkang bercakap dengan sepuas-puas hati. Biarkan mereka letih memberi pandangan sebelum kerajaan menjawab kemudian.

PM gembira Najib jadi calon tunggal Presiden UMNO

Sumber : Utusan Online

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa amat gembira apabila timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi calon tunggal yang menerima pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO.

“Sudah tentu saya amat gembira kerana Datuk Seri Najib merupakan calon pilihan untuk menggantikan tempat saya,’’ katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Serantau Dunia Islam dan Amerika Syarikat di sini hari ini. - Utusan

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT PERLU HIDUPKAN RAMADHAN DI KUALA LUMPUR PADA 2009

Oleh : Anak Wilayah


Kini orang-orang Islam sedang meraikan Hari raya di Bulan Syawal yang mulia ini selepas berjaya mengharungi Bulan Ramadhan dengan penuh kesabaran menahan makan dan mengukuhkan taqwa. Pada Bulan Ramadhan pelbagai aktiviti dan majlis berbuka puasa diikuti dengan Tarawikh diadakan. Orang-orang Islam merasakan sangat-sangat keindahan meraikan Ramadhan disetiap tempat samaada di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Pada Ramadhan 2005,2006 dan 2007, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ketika itu dibawah Dato’ Seri Shahrizat Abd. Jalil, MP Lembah Pantai. Kementerian telah mengadakan program berbuka puasa di Dataran Merdeka yang di hadiri oleh beribu ahli-ahli NGO dan juga media. Majlis ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Pada tahun ini, 2008, program seperti ini tidak kelihatan berlaku di Dataran Merdeka. Ramai tertanya-tanya kenapa Kementerian Pembangunan Wanita dan keluarga menyepi dan tidak mengambil inisiatif meneruskan program murni ini?. Mungkin terlepas pandang.
Walau bagaimanapun, adalah disyorkan bahawa kementerian menghidupkan program ini pada Ramadhan 2009 supaya warga Kuala Lumpur terus menikmati keprihatinan dan kemesraan pemimpin dan kerajaan

PARLIMEN BERSIDANG SEMULA....

Parlimen bersidang semula pada hari ini setelah bercuti rehat sepanjang bulan puasa dan cuti Hari Raya Aidilfitri. Semoga sidang kali ini memperlihatkan perdebatan yang benar-benar mencerminkan identiti parlimen Malaysia.....