Tuesday, August 18, 2009

DULU LAIN, SEKARANG LAIN...

Ramai Pemimpin PAS telah banyak menabur janji untuk menegakkan sinar Islam dalam pentadbiran kerajaan kepada orang Melayu Islam ketika kempen pilihanraya terdahulu. Malangnya selepas pilihanraya ke-12, disebabkan mereka memilih untuk bersekongkol dengan DAP dan PKR, maka mereka telah terpaksa menelan balik apa yang di janjikan semata-mata untuk memperolehi kuasa politik yang sementara didunia ini.

Terbaharu Tok Guru PAS Nik Aziz menghalalkan orang DAP untuk menghina Islam kerana kononnya orang kafir tidak memahami Islam. Pelik juga… selepas merdeka 52 tahun masih ada rakyat Malaysia bukan Islam tak faham mengenai rasa hati orang Islam.

Senario mutakhir ini pula meletakkan PAS yang sering mendakwa Malaysia Negara Sekular akan bukan sahaja mengalah dalam isu jual dan minum arak sahaja, malah terpaksa mengalah dalam pelbagai isu-isu lain yang serupa - judi, rumah urut, pub dsb.

Maknanya,dalam sistem sekular yang memisahkan tuntutan kehidupan beragama dengan duniawi itu,langsung tidak ada keutamaan pertimbangan agama.

Yang peliknya kenapa tidak kedengaran suara NGO dalam isu arak di Selangor? Walhal ada antara mereka yang begitu lantang menyuarakan pendapat dan pandangan mengenai isu yang sama dalam laman blog pembangkang sejurus sebelum PRU 12?????

Thursday, August 13, 2009

PAS SOKONG KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR

SHAH ALAM 12 Ogos - Pas Selangor menyokong keputusan kerajaan negeri supaya semua premis perniagaan di negeri itu melaksanakan konsep kawalan sendiri bagi membanteras penjualan arak kepada orang Islam dan bawah umur.

Ini bermakna parti Islam itu menyokong tindakan kerajaan negeri untuk tidak mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas tidak pernah berbeza pendapat dengan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan, malah keputusan yang dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menepati kehendak Pas.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Selangor itu, mesyuarat tergempar Pas Selangor pada Jumaat lalu juga telah setuju untuk menyokong keputusan kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Kenyataan Halimah itu bagaimanapun bercanggah dengan Ketua Penerangan Pas, Roslan Mohd. Shahir yang dilaporkan berkata, Pas Selangor tetap dengan pendirian meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam.

Malah, Dewan Pemuda Pas Selangor memberi tempoh sebulan kepada kerajaan negeri untuk mengharamkan penjualan itu di kawasan majoriti Islam.

''Kita sependapat dengan keputusan kerajaan negeri. Laporan yang mengatakan Pakatan Rakyat tidak persefahaman apabila Pas dan DAP berbeza pendapat adalah tidak benar,' katanya ketika ditemui pada Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini semalam.

Mengenai cadangan DAP supaya pakatan pembangkang menubuhkan lembaga disiplin terhadap Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali kerana membuat kritikan terbuka, Halimah berkata, ia hanyalah salah faham dan salah lapor.

''Kita ni seperti adik beradik. Tiada sebarang sengketa atau perbalahan. Apa yang berlaku hanyalah disebabkan salah faham," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009

MELOR : Kemana menghilangkan identiti PAS yang sebelum ini mewarwarkan memperjuangkan Islam?. Kenapa boleh berdolak dalih dalam isu penjualan arak di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam. Mengapa mereka begitu mudah tunduk kepada DAP dan PKR?. Jika dahulu mereka hanya berpeluang mengkritik setiap dasar dan langkah yang diambil oleh kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Tetapi kini bila mereka berpeluang untuk memerintah beberapa negeri termasuk Selangor, nampaknya tak sampai sepenggal memerintah, mereka telah menyerlahkan ketidakupayaan dan kekalutan dalam mentadbir....itu baru beberapa negeri. Belum lagi satu negara.....



Monday, July 20, 2009

KEKALUTAN DALAM PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT...

Politik Malaysia hari ini nampak sungguh kalut sekali sejak Pakatan Rakyat memenangi beberapa negeri. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat pula semakin terserlah tidak bersependapat dalam isu-isu tertentu. Kerapuhan dalam PR menyebabkan pelbagai masalah yang timbul di 5 negeri yang berjaya dikuasai oleh mereka selepas PRU ke-12....

PERAK

Politik di Negeri Perak memang berat dan kecoh. Bekas Menteri Besar negeri itu dan bekas ahli Exconya tidak faham sama sekali tentang kedudukan lantikannya.Apabila 3 orang daripada Wakil Rakyat yang di sebelah pihak mereka keluar menjadi wakil rakyat Bebas, menjadikan jumlah majoriti mereka kurang kepada 28 sahaja. Tiga wakil rakyat tadi berpindah untuk menyokong Barisan Nasional yang sebelumnya 28 wakil, menjadi 31 orang seterusnya membentuk majoriti dan kerajaan.

Jika selepas PRU ke-12 BN menerima dengan terbuka kekalahan mereka tetapi lain pula Halnya dengan PR. Apabila tidak lagi mendapat majoriti dalam DUN Perak, mereka menjadi kelam kabut dan memberontak sehingga sanggup ‘sembah derhaka’ kepada Sultan Perak. Lihatlah bagaimana kebiadapan mereka...

KELANTAN

PRK MANEK URAI

KEPUTUSAN RASMI :
Mohd.Fauzi Abdullah (PAS) : 5348
Tuan Aziz Tuan Mat (UMNO) : 5283
Majoriti : 65
Undi Rosak : 115%
pengundian : 87%

Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan. Ianya ibarat satu petunjuk amaran daripada rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Nyatalah pengundi sekarang sudah semakin dapat menilai kebenaran @ ‘membezakan antara intan dan permata”. Perbalahan sesama sendiri menyebabkan rakyat melihat parti itu semakin rapuh. Aura Tok Guru Nik Aziz pun semakin berkurang dinegeri Serambi Mekah... mungkin disebabkan Tok Guru yang begitu beriya-iya menentang KERAJAAN PERPADUAN sedangkan ia adalah satu langkah yang baik untuk perpaduan bangsa Melayu.

SELANGOR

Permintaan Azmin Ali Adun bukit Antarabangsa supaya barisan Exco kerajaan negeri di rombak semula amat megejutkan. Di saat PKR Selangor tengah pening kepala untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka, ADUN, Ahli Parlimen dan Pemimpin PKR di peringkat bahagian dan JDM (Jawatankuasa Daerah Mengundi) sekarang ini di laporkan teruk bergelumang dengan RASUAH dan SALAH GUNA KUASA.

Cerita-cerita mengenai adun PKR yang merembat duit peruntukan DUN, menggunakan wang peruntukan kerajaan negeri untuk function peribadi, meminta wang pendahuluan untuk berberapa projek seperti pembersihan kawasan dan kontrak pasir, malah ada banyak lagi kes-kes penyelewengan adun PKR.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN. Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut diserbu SPRM.

Lebih jadi haru biru bila Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai penglibatan salah seorang Exco dengan kumpulan kongsi gelap dan pelbagai lagi aktiviti haram membuktikan kelemahan barisan Exco kerajaan Negeri Selangor

KEDAH

Tindakan DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat memperlihatkan bagaimana rapuhnya ikatan di dalam Pakatan Rakyat. Dua punca utama yang dijadikan alasan ialahtindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di kampung Berjaya dan 50 % koata perumahan bumiputera di Kedah.

Walaupun hanya untuk sepuluh hari sahaja, ia sedikit sebanyak menjejaskan imej mereka. Dan seperti yang dijangka selepas sepuluh hari keluar Pakatan Rakyat negeri, DAP Kedah mengumumkan menyertai dan menyokong semula pentadbiran negeri. Perkara itu diumumkan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas semua isu dipertikaikan diselesaikan. Dan selepas ini, apabila tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS bolehlah DAP bertindak keluar PR selama beberapa hari sehingga tuntutan mereka dipenuhi....

PULAU PINANG

APABILA pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) selepas mereka mengetuai demonstrasi haram pada 25 November 2007, parti pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan saja paling awal menunjukkan simpati, malah mempertahankan pelbagai tindak-tanduk pertubuhan itu walaupun ia dilihat boleh mencetuskan pergeseran antara kaum di negara ini.

Penahanan lima pemimpin Hindraf mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kemudian dijadikan modal politik pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan kejayaan mereka menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan di lima negeri.

Walaupun tindakan Hindraf, dalam keghairahannya memperjuangkan hak kaum India di negara ini, menyinggung perasaan sebahagian besar orang Melayu, seperti memorandum 18 perkara kepada Kerajaan Britain dan dakwaan `pembersihan etnik' oleh umat Islam negara ini, pembangkang menjadikan pemimpin yang ditahan itu sebagai 'wira.'

Isu Kampung Buah Pala ini memberi pengajaran terbaik kepada kerajaan Pulau Pinang supaya faham kenapa pihak berkuasa terpaksa bertindak tegas kepada Hindraf sejak mereka mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur dua tahun lalu

para penyokong dan pengundi-pengundi PAS, PKR dan DAP perlu menilai sejauhmanakah kemampuan PR menangani masalah rakyat. Buka mata, buka hati dan celikkan minda. Janganlah hanya menyokong dengan membuta tuli. Pakatan Rakyat terus menghadapi krisis keyakinan dan kepimpinan walaupun tak sampai 2 tahun mmemerintah. Krisis seumpama ini tidak pernah berlaku dalam BN.

Tetapi pemimpin PR amat cekap memanipulasi pelbagai isu bagi menutup kepincangan dan kelemahan dalam pakatan mereka. Dan yang terbaru, mempolitikkan kematian Teo Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu sebenar iaitu siasatan SPRM ke atas wakil-wakil rakyat PR Selangor...

Tapi jangan lupa “ sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua....”


BERKABUNG CARA ISLAM @ CARA PAS?????




Melihat kepada akhbar Sinar Harian, Sabtu (18 Julai 2009), kelihatan Ir Nizar berbaju hitam dengan memegang sebatang lilin bersama rakan2 bangsa Tionghua dalam acara berkabung untuk mendiang Teoh Beng Hock.
Persoalan yang tercetus diminda saya ialah, "orang Islam boleh ker berkabung + pegang lilin untuk orang kafir?” Kalau begitu tak salah ler kalau remaja2 Islam turut serta berkabung sambil memegang lilin untuk Michael Jackson atau untuk sesiapa saje yang menjadi idola mereka.
Takkanlah bila melibatkan isu-isu yang boleh dipolitikkan, segalanya dibolehkan dan dihalalkan. Lebih2 lagi bila ia dilakukan oleh seorang pemimpin PAS yang dipandang tinggi sebagai bekas/bakal pemimpin Negeri Perak yang berpartikan Parti ISLAM Semalaysia (PAS).

Setahu saya, dalam Islam memang ada berkabung... cuma caranya bukan macam itu. Dan lagi satu, dalam Islam, ianya dianggap sebagai tempoh bersedih.
Ada dua jenis berkabung... satu kematian dan satu lagi perceraian. tempoh ini diperuntukkan biasanya untuk wanita sebab wanita ni kalau bersedih, lambat hilang. satu lagi tempoh (iddah) diperuntukkan untuk perceraian untuk membuktikan yang si perempuan tidak hamil....tetapi dalam Islam, rasanya untuk keluarga terdekat je tempoh bersedih ni....
dan takde pegang2 lilin.....



Tuesday, July 14, 2009

Azmin terus desak rombakan exco

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, hari ini terus mendesak supaya kerajaan negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan Exco Selangor. Beliau berkata, cadangannya pada Khamis lalu, supaya Exco dirombak tidak semestinya memecat mana-mana individu, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan menukar portfolio ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. "Terserah kepada Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya kepada wartawan pada waktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sungguhpun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan exco-exco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor, katanya. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu sudah meminta supaya barisan Exco kerajaan negeri dirombak kerana tidak berpuas hati dengan prestasi exco tertentu yang didakwa gagal memajukan negeri itu. Beliau membuat kenyataan itu ketika sidang DUN, yang turut tidak senang dengan cara pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang diumumkan Isnin lalu.

Beliau mendakwa, pelantikan ahli majlis berkenaan dibuat tidak selaras dengan prinsip serta semangat kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas. Dalam perkembangan lain, Azmin turut meminta Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya pembabitan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti “gelap” di Selangor. Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman blognya itu perlu perlu disahkan daripada segi kesahihannya. "Dia baru buat kenyataan semalam dan saya belum mendapat penjelasan maksud di sebalik kenyataan itu. Saya tidak tahu, tapi saya perlu dengar penjelasan dan Wee perlu beri penjelasan kepada parti," tambah Azmin. - Bernama

MELOR : Situasi terbaru yang melibatkan exco DAP ini membuktikan MB Selangor tidak mampu menguruskan negeri Selangor dengan baik. Jika sebelum ini Exco PKR dibelit dengan skandal peribadi dan ketidakmampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang kini exco DAP pula dikaitkan dengan masalah kongsi gelap. Semua ini menggambarkan wajah sebenar Pakatan Rakyat... Pemimpin yang dipilih tangkap muat sahaja. Akhirnya jadilah camni...

Monday, July 6, 2009

KENAPA BN WAJAR TERUS MEMERINTAH….

Jika kita baca, berita-berita yang tersiar dalam akhbar-akhbar arus perdana mutakhir ini adalah pergolakan yang berlaku di dalam gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat (PR).Nampak jelas dan terang bahawa Pakatan Rakyat tidak seiya sekata di dalam persefahaman mereka, masing-masing memang tiada semangat kerjasama.

Oleh itu apa yang tertulis didalam Mingguan Malaysia (Ahad, 5 Julai 2009), Kemelut pakatan bukti BN terbaik adalah sewajarnya difikirkan oleh penyokong-penyokong PR.
Sebenarnya sedikit kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12 adalah ujian Allah untuk pemimpin-pemimpin PR. Namun keangkuhan dan pertelingkahan para pemimpin PR, baik dari PKR, DAP, atau pun PAS, sudah tidak dapat dibendung dan disembunyikan lagi. Rakyat sedang memerhatikan dan semakin dapat melihat kebenaran yang semakin terserlah dari sehari ke sehari. setelah Allah memberikan sedikit kemenangan didalam PRU12 dahulu, Maka tidak mustahil jika Allah tarik semula kemenangan yang di perolehi ini didalam PRU13 nanti.

Sesungguhnya bukan mudah untuk menjaga kemenangan, oleh itu, dengan apa yang berlaku kini, membuatkan rakyat @ penyokong PR tersentak dari lamunan, BN telah berjaya mengekalkan kemenangan selama lebih dari 50 tahun, walau pun ada pertelagahan, tetapi tidak sampai memecahkan mereka.Pemimpin PR seharusnya mengakui persepakatan didalam PR terlalu longgar, semasa mula-mula dulu semuanya memperakui bahawa Datuk Seri Anwar adalah ketua PR, tetapi bila dah menang, masing-masing mula nak menaikkan pemimpin parti masing-masing. Mungkinlah agaknya jika PR berjaya memenangi pilihanraya nanti, lagi dahsyat perebutan untuk menjadi pemimpin.

Maka sewajarnya dan selayaknya BN terus memerintah Malaysia. Kalau pertelingkahan untuk memutuskan @ memilih pemimpin yang benar-benar diterima oleh semua pihak di dalam Pakatan Rakyat pun tidak mampu dilakukan bagaimana PR nak memerintah Malaysia?????.

Begitulah adanya..........................................................

Monday, June 29, 2009

UMNO - AYAH PIN, CHIN PENG @KOMUNIS

Kata Tuan Guru Nik Aziz, beliau samakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng sama seperti kita guna peribahasa Melayu 'seperti rusa masuk kampung' terhadap seseorang. Yakni, bukanlah kita kata orang itu rusa, berekor dan bertanduk. Cuma ada sifat tertentu yang serupa.Maka selepas ini bolehlah anak-anak kita kata pada kawannya, "engkau ni pendek macam babi." Nik Aziz ajar.

Kalau kita mengunakan akal yang waras.. isu samakan UMNO dengan Ayah Pin atau Chin Peng, tidak akan diterima. Penyamaan ini, seolah-olah tiada isu lagi yang perlu diketengah demi polimik. Biasalah seorang pemimpin berusaha mencari isu agar tidak kering isu, untuk mengikat penyokong. Bagi penyokong yang sudah taksub, apapun isu yang diketengahkan pasti dianggap betul. Namun, dalam suasana sekarang ini, gunalah akal fikiran kita untuk menilai mana yang betul mana yang tidak betul. Janganlah jadi seperti “kerbau dicucuk hidung”.

Mufti Perak pun telah dicerca disebabkan menegakkan kebenaran. Berikut adalah beberapa terjemahan Al Quran dipetik dari temubual Mufti Perak.

Firman Allah dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya.

"Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri. (al-Maa'uun: 4-5)

Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).

"Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara".

"Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).

Sebagai umat Islam kita sepatutnya kasihkan sesama Islam sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘kasihkan saudara kamu sepertimana kamu kasihkan diri kamu sendiri’.

Selepas menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng, TG Nik Aziz mengajak PM berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar UMNO dan PAS...tapi bak kata Tun Mahathir, BUANG MASA DEBAT DENGAN NIK AZIZ KERANA IA TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG FAEDAH" .

MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU...

Thursday, June 25, 2009

LIWAT : KONSPIRASI ATAU REALITI

Kes kali kedua ini penuh dengan persoalan, tanda tanya dan perbicaraan di blog-blog dan di pentas-pentas politik.

Bermula tindakan berlindung di Kedutaan Turki dengan dakwaan keselamatannya terancam diikuti dengan keengganan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan sehinggalah ditangkap pihak polis. Anwar seterusnya menimbulkan persoalan enggan memberi DNA yang penting bagi siasatan kes ini.

Pelbagai isu dibangkitkan dan menarik perhatian rakyat seperti laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Anwar menuduh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ghani Patail terlibat secara aktif sebagai saksi yang palsu.

Persoalan terus berlegar, mengapa selepas sepuluh tahun baru perkara ini dibangkitkan. Lebih menimbulkan persoalan, mengapa ia timbul ketika laporan polis dibuat oleh Saiful ?.Mengapa Anwar tidak lebih awal memberi bukti dan membuat laporan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi terbabit supaya badan kehakiman bebas daripada penguasaan eksekutif atau sebagainya.
Semua ini hanya beliau sendiri yang boleh memberi jawapan.

Anwar juga memohon Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI untuk menyiasat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta yang dinamakan Qazaf) sebagai serang balas kepada laporan polis Saiful. Anwar meminta Saiful disiasat kerana tidak mengemukakan empat saksi dan sekaligus didakwa membuat laporan palsu terhadap beliau. Anwar juga mendakwa dibogelkan semasa pemeriksaan dan perkara ini kemudian padam apabila HKL menafikan Anwar dibogelkan ketika pemeriksaan.

Dan ketika negara menyambut kemerdekaan ke 51 tahun, kes ini telah menarik perhatian kuasa dunia. Tanpa berselindung seperti mana yang berlaku pada 1998, selepas Al Gore, kini giliran Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice untuk memperjuangkan nasib Anwar.

Secara kronologi, jika dilihat kepada hujah-hujah Anwar, bermula dengan konspirasi, isu keselamatan, tuduhan bahawa Saiful berbohong, tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, campur tangan Washington, peletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sumpah laknat oleh Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan, pengakuan Ramlang Porigi bahawa dia dipaksa menjadi saksi sumpah laknat, kes ini penuh dengan peristiwa yang lebih kepada perbicaraan dipentas politik.

Persoalan demi persoalan yang timbul telah menyebabkan pemikiran masyarakat menjadi tersimpul dan perbicaraan ini merupakan satu kaedah yang mungkin dapat merungkai segala persoalan yang tersimpul itu.Undang-undang menjadi elemen terakhir perlindungan kita sebagai warganegara.

Sekiranya, tuduhan Saiful itu palsu, maka inilah masanya Anwar membersihkan namanya, menghenyak mereka yang telah memfitnahnya. Menggunakan pentas politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu pokok bagi membuktikan diri tidak bersalah, akan menyebabkan semakin menimbulkan persoalan. Prinsip berani kerana benar, takut kerana salah tetap relevan dalam budaya Melayu dan Malaysia.


Tuesday, May 26, 2009

MengIKONkan CHIN PENG - Apa Agenda Gerakan

SUMBER : WARISAN 2057


Kemelut Parti Komunis Malaya (PKM) bukan baru. Ia menular sejak belum merdeka lagi sejak lebih 63 tahun yang lalu.

Waktu itu umur Chin Peng sekitar 30 an. Umur yang 30 an memang umur untuk berreformasi dan umur untuk mengangkat senjata. Waktu usia muda itu lah Chin Peng sudah menjadi orang no 1 komunis di Malaya.

Apa beza PKM dengan UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP, PKR sebagai sebuah parti politik? Antara perbezaan nya adalah soal fahaman. UMNO, MCA, MIC berfahaman nasionalis. PAS berfahaman Islamis. DAP dan PKR(yang bercantum dengan PRM) berfahaman sosialis. PKM berfahaman komunis.

Komunis adalah satu fahaman atau idealisme yang tidak mengiktiraf tuhan. Fahaman komunis tidak percaya Allah itu ada. Dalam komunis, semua masyarakatnya adalah sama, tidak ada masyarakat berkelas, walaupun dari segi praktikalnya para pemimpin komunis mempunyai kehidupan kesenangan dan kemewahan yang amat luar biasa. Negara komunis adalah negara kebajikan kerana komunis tidak mengiktiraf pasaran ekonomi bebas 'laisse faire'.

Perjuangan komunis di Tanah Melayu adalah perjuangan yang berdarah. Komunis melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan rakyat. Komunis sembelih rakyat, komunis bunuh rakyat, komunis tembak rakyat, komunis rogol rakyat.

Komunis sangat zalim. Kezaliman komunis diluar batasan bangsa dan agama. Komunis zalim kepada orang Melayu, Cina dan India. Komunis zalim kepada agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Itu sebabnya membenci komunis ini bukan sebab perkauman tetapi disebabkan kezaliman dan penganiayaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Yang mempertahankan rakyat dari ancaman komunis adalah pasukan Tentera dan Polis. Perajurit negaralah yang mengorbankan nyawa dan badan untuk keamanan negara, kemakmuran ekonomi dan kesenangan rakyat hari ini.

Kepala PKM diMalaya adalah Chin Peng, dia dibantu rapat oleh Rashid Maidin dan isterinya Samsiah Fakeh. Membenci PKM bukan disebabkan perkauman, dalam PKM pun ada figure melayu.

Apabila Dr Teng Hock Nan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang membuat saranan kerajaan membenarkan Chin Peng kembali di Malaysia, Dr Teng sebenarnya telah melukakan banyak hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dia telah melukakan hati orang Melayu, Cina dan India.

Dia juga telah melukakan hati perajurit tanah air Polis dan Tentera yang mempertahankan negara dengan keringat sehingga ke titisan darah terakhir. Kisah keganasan komunis di Batu Pahat, di Fraser Hill, di Kuala Kubu, di Bentong, di Hutan Melintang dan keperwiraan Leftenan Adnan adalah beberapa contoh ceritera perjuangan anak bangsa yang wajar tidak dilupakan oleh pemimpin politik yang ingin berjiwa besar.

Adakah Pemimpin Gerakan hanya berjiwa kecil yang bermain politik sempit perkauman yang hanya memikirkan 'the next election'. Atau adakah kepulangan Chin Peng sebagai hadiah 1Malaysia. Atau adakah semua pemimpin wajar bertanggung jawab untuk berjiwa besar memikirkan warisan ' for the next generation'?

Malaysia adalah untuk semua rakyatnya dengan warisan sejarah yang amat kaya untuk dihargai sebagai panduan kehidupan bernegara. Apa sebenarnya agenda Gerakan???


SELAMAT BERLAPAR

Hari ini 26hb. Mei 2009 ini akan diadakan satu demo "tunjuk perasaan" yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Satu lagi "drama" Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia, khususnya di Perak. Nampaknya Pakatan Rakyat ber"iya-iya" benar kali ini. Tunjuk perasaan itu akan diketuai oleh Nizar, Sivakumar, Nga Kor Ming, Thomas Su, Khalil Idham dan Chan Ming Kai dan dijadualkan akan berlangsung selama 3 hari.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengugut DYMM Sultan Perak demi "gila"kan kuasa. Sekali lagi PR menunjukkan sikap biadap mereka menuntut DYMM Sultan Perak membubar DUN Perak. Mereka mogok lapar sekiranya DYMM Sultan Perak tidak membubarkan DUN Perak.

Nampaknya kali ini Nizar dan ketua-ketua "gangster" itu tidak lagi "memohon derhaka" kepada DYMM Sultan Perak. Kali ini mereka terus menderhaka! Biadap dan tidak sopan sungguh Nizar dan "konco-konco" yang "mengawal"nya.

Tidakkah mereka sedar bahawa mereka sedang mengajar rakyat Perak untuk bersama-sama mereka menderhaka kepada DYMM Sultan Perak? Sedarkan rakyat Perak yang terpedaya dengan omongan kosong dan retorik PR yang mempergunakan nama "rakyat" untuk membuat ugutan kepada DYMM Sultan Perak yang selama ini amat menyayangi rakyatnya? Tidak malukah mereka kepada DYMM Sultan?

Dimanakah kasihnya mereka kepada 'payung negeri" DYMM Sultan Perak yang amat disayangi rakyat? Atau mereka hanya "manis dimulut"?

Mereka yang akan mogok lapar, dinasihatkan oleh penganjur untuk memakai pakaian berwarna hitam. Saya ingin menambah pesanan kepada peserta yang bakal berlapar. Sediakan payung, baju hujan dan helmet "full face" sekali... Jangan lupa lari kalau kena kejar dengan abang-abang FRU....

SELAMAT BERLAPAR ! DAN KALAU BOLEH @ LARAT BERLAPARLAH TERUS SAMPAI PRU 13


Monday, May 25, 2009

KATA NAK BUAT RAYUAN, KENAPA PULA NAK MOGOK LAPAR????

Pemimpin pembangkang sering mendakwa Malaysia merupakan sebuah negara kejam, tidak demokrasi dan juga mengamalkan hukum rimba. Kini mereka menuduh Kerajaaan Barisan Nasional BN merampas kuasa di Negeri Perak. Mereka turut menyalahkan BN sebagai pencetus kemelut politik di negeri Perak.

Dan sepatutnya apabila Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak , pakatan pembangkang harus menghormati mahkamah walaupun keputusan tidak memihak kepada mereka.

Namun perkara sebaliknya berlaku.Mereka bertindak menolak keputusan mahkamah. Mereka menolak sistem perundangan negara dan mereka mencabar kewibawaan hakim - hakim yang yang ada.

Pemimpin pakatan pembangkang dengan bangganya melancarkan mogok lapar mulai esok semata-mata untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan DUN Perak dan sebagai protes terhadap keputusan mahkamah rayuan.

SOALNYA….

1. Apakah mereka tidak boleh menerima keputusan ini sebagai ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui? Kenapa dalam situasi ini mereka seolah tidak percaya kepada qada’ dan qadar dariNya yang lebih mengetahui….

2. Mengapa pula nak persoalkan keputusan mahkamah kalau sudah menyatakan bersikap terbuka dan menghormati keputusan mahkamah?

3. Kalau dah beritahu nak buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, mengapa perlu dilakukan tindakan seperti mogok lapar ini?

4. Sedar atau tidak , mogok lapar ini boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menganggu perjalanan pentadbiran kerajaan negeri?

Itulah wajah sebenar mereka....semuanya hanya retorik sekadar untuk meraih sokongan rakyat sahaja...


KRISIS PERAK : KENAPA SAMAN NIZAR TERHADAP "SULTAN" GAGAL ?

SUMBER : ANOTHER BRICK IN THE WALL

Saman yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Muhammad Nizar terhadap Menteri Besar Dato Dr Zambry Kadir secara tidak langsung adalah saman terhadap DYMM Sultan Perak. Ini kerana Nizar mempersolkan kebijaksanaan keputusan Tuanku Sultan Perak dalam menolak permintaan membubar DUN, dan menyingkirnya lalu melantik Zambry sebagai Menteri Besar.

Inilah intipati saman Nizar dan inilah intipati yang mahu dipertahankan oleh UMNO. Pohon diketepikan semua sandiwara Pakatan Rakyat yang suka melempar tuduhan mengenai mahkamah sebagai tidak adil atau berat sebelah atau ada campur tangan pihak kerajaan pusat. Kalau tidak ada bukti dan fakta, usah diambilkira pelbagai teori konspirasi dan tuduhan melulu yang dibuat.

Selalunya, Pakatan Rakyat kalah kerana disebabkan mereka tidak bersedia, singkat kebolehan teknikal, dan cetek pengalaman dalam pentadbiran. Mereka hanya berdaya cakap kosong yang dipenuhi dengan retorik dan klise untuk tujuan memainkan sentimen rakyat.

Kenapa Nizar kalah dalam samannya terhadap "Sultan" di peringkat Mahkamah Rayuan? Apakah alasan yang ditimbulkan peguam Pakatan Rakyat, Sulaiman Abdullah? Apa jawapan peguam Barisan Nasional, Dato Hafarizam pula? Ayuh dilihat fakta sebenarnya. Secara kesimpulan mudah, asas keputusan mahkamah yang membuat Nizar kalah adalah sebab berikut:

1. Nizar sepatutnya meletakkan jawatan pada Februari 4hb, 2009 semasa mengadap Tuanku Sultan Perak kerana dia sudah tidak punya majoriti.

2. Artikel 16(6) Undang-Undang Tubuh Perak Negeri menuntut Nizar meletakkan jawatan dan jika dia enggan, dianggap sebagai telah mengosongkan secara perlembagan.

3. Penentuan kehilangan majoriti tidak memerlukan cara undi tidak percaya di DUN saja.

4. Disamping itu, Sultan berhak untuk tidak membubarkan DUN.

Untuk penerangan lengkap, baca pandangan Penasihat Undang-Undang UMNO, Dato Hafarizam sini.

Hujah Sulaiman Abdullah untuk Pakatan Rakyat adalah berikut:

1. Berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan, hujah beliau adalah hanya "undi tidak percaya" di Dewan saja untuk Ketua Menteri boleh di turunkan. Dia cuba mengetepikan kes Akintola (1963) yang dikemukakan dalam hujah BN.

2. Nizar mengadap dalam keadaan 'deadlock' maka artikel 36(2) Undang-Undang Tubuh Negeri menghendaki pembubaran DUN.

3. Ayat ‘remove the Prime Minister from office’ dalam Perlembagaan Malaya 36(2) tidak kedapatan dalam Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan bermaksud Agong atau Sultan tidak boleh memecat Perdana Menteri atau Menteri Besar.

Jawapan yang diberi oleh pihak UMNO adalah:

1. Surat Nizar kepada Tuanku Sultan jelas menunjukkan beliau telah hilang kepercayaan. Kes Amir Kahar 1995 yang mana ada keterangan lain lebih tepat.
2. Alasan artikel 36(2) untuk bubar DUN tidak sesuai kerana belum tempoh untuk pilihanraya umum.
3. Peruntukkan yang disebut adalah 'superfluous' (berlebihan dari yang diperlu). Ketiadaan telah digantikan dengan ‘melainkan jika atas permintaannya DYMM Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan Negeri, Menteri Besar mestilah meletakkan jawatannya’.

Kata Nizar selepas kalah di Mahkamah Rayuan, dia meminta penyokong bertenang. Tetapi seperti yang pernah dikatakan di blog ini di sini, apabila tidak bersedia dan gerakan dapat dipintas, Pakatan rakyat akan hanya tahu merusuh, berbohong dan putarbelit, dan lakunkan sandiwara bodoh.

Buat Nizar yang sedang buat kerja bodoh mengikut DAP mogok lapar tiga hari (baca di sini), harap ingat hukum Islam menuntut berbuka dan bersahur dalam amalan berpuasa. Sambil-sambil itu, banyakkan astaghfar dan baca rayuan rakyat Perak dalam e-mail di sini yang minta dihentikan drama gila kuasa ini.

Friday, May 22, 2009

ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia

SUMBER : UTUSAN ONLINE


KOTA BAHARU 22 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.
Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.
Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.
Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. - Bernama


Tuesday, May 19, 2009

SEJARAH BARU DICATATKAN DI PENANTI

“Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang. Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” DS Najib.

Belum pernah berlaku didalam sejarah negara sejak merdeka 53 tahun yang lampau, Barisan Nasional dengan sengaja tidak bertanding didalam Pilihan raya kecil yang berlaku dimana-mana tempat didalam Malaysia.

Ada 3 alasan yang dirasakan wajar, telah diberikan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak iaitu =

(1) kekosongan kerusi di Penanti itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

(2) pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

(3) BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur petang semalam.

Dengan keputusan ini juga membuktikan bahawa PM baru Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tetap berpegang teguh dengan cadangannya sebelum ini untuk tidak bertanding di Penanti. Beliau dilihat berani mengambil keputusan ini walaupun terdapat beberapa pihak termasuk mantan PM Malaysia, Tun Mahathir Mohamad yang berpendapat bahawa BN perlu bertanding merebut DUN Penanti bagi menjaga maruah UMNO dan BN dan mengelak dari dilabel sebagai penakut.

Tindakan DS Najib ini adalah tepat pada waktunya .Tidak timbul soal takut mahupun pengecut dalam hal ini jika kepentingan dan tanggungjawab untuk rakyat dan negara akan diutamakan. PRK Penanti sebenarnya tidak patut diadakan kerana alasan kekosongan kerusi itu alasan bodoh dan tidak munasabah dan ianya jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mahu membela dan memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka laung-laungkan .

Memang tidak dapat dinafikan apabila mengadakan pilihanraya maka ia akan membazir seperti kos SPR ,kos pengurusan ,kos untuk menjaga keselamatan pilihanraya. Dengan keputusan BN tidak bertanding ,maka BN sudah boleh mejimatkan kos untuk berkempen,sumbangan dan sebagainya.Apabila BN tidak bertanding ,maka BN tidak perlu fikir lagi bagaimana nak meraih sokongan pengundi .

Kita tengok aje gelagat Anwar dan askar-askarnya selepas ini pusing @ round Penanti berkempen…. Lagi bagus kalau tak payah di sebut walau sebutir pun kisah di Penanti nanti, malah lagi bagus kalau akhbar, radio, dan tv menganggap seolah-olah PRK tersebut tidak wujud.

Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya…Tak perlu menari kalau gendang yang dipalu sumbang rentaknya….


Tuesday, May 12, 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

Mahkamah Rayuan terima permohonan Dr Zambry tangguhkan keputusan sahkan Nizar sebagai MB. Dr Zambry kekal MB hingga proses rayuan dibuat. Maknanya 'back to square one' sebelum keputusan mahkamah Tinggi semalam.

Maka Nizar pulak yang kena kosongkan pejabat MB yang dia masuki semalam.
Kedudukan MB Dr Zamry, Exconya dan kerajaan nya adalah juga sementara sifatnya sehingga proses rayuan di mahkamah Rayuan dan Persekutuan itu selesai. Ya, itu mungkin ambil masa beberapa hari atau minggu atau bulan.

Selepas keputusan di Mahkamah Persekutuan itu sajalah mana -mana pihak boleh menarik nafas lega. Alternatifnya sidang DUN di panggil untuk buat undi tak percaya kepada Nizar.

SUMBER : WARISAN 2057

PENJELASAN BAHAWA NIZAR BUKAN MB YANG SAH

Mahkamah seharusnya tahu bahawa seseorang itu tidak mungkin akan meletakkan jawatannya sebagai menteri besar secara sukarela lebih-lebih lagi apabila beliau tidak merasakan bahawa beliau sudah hilang kepercayaan ahli Dewan Undangan Negeri. Dalam keputusan mahkhamah semalam, Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa perlantikan Dr.Zambry sebagai tidak sah atas dua sebab; pertama oleh kerana tiada undi tidak percaya dilakukan ke atas YB Nizar, dan kedua; oleh kerana YB Nizar tidak mengosongkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar dan oleh kerana itu tidak boleh ada dua menteri besar sekaligus.

Bagi sebab yang pertama, tiada undang-undang menyebut bagaimana undi tidak percaya itu harus diadakan. Walaubagaimanapun mengikut pendapat Art.Harun oleh kerana kita mengikuti sistem Westminster maka undi tidak percaya harus dilakukan di dalam Dewan. Kita semua tahu akan kehadiran Civil Law Act 1953 yang telah memberikan kita kebebasan untuk tidak mengikut undang-undang barat. Dengan kata lain, kita tidak semestinya mengikuti sistem Westminster tersebut.

Oleh kerana tiada cara khusus ditetapkan oleh undang-undang untuk bagaimana vote of no confidence itu diadakan, ia terserah kepada interpretasi mahkhmah itu sendiri. Dalam kes Stephen Kalong Ningkan v Tun Abg Hj. Openg & Tawi Sli, mahkhamah mendapati bahawa undi tidak percaya hanya boleh dilakukan di dalam dewan. Saya memahami posisi mahkhmah tinggi yang lebih rendah dari mahkhmah persekutuan dan oleh itu hakim Abdul Aziz terpaksa mengikuti keputusan yang telah diputuskan dalam kes Stephen. Walaubagaimanapun saya berharap agar mahkhmah persekutuan akan mempertimbangkan semula keputusan dalam Stephen.

Kita harus berbalik kepada niat atau tujuan asal Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan kita. Dengan kata lain, cuba kita letak posisi kita dalam posisi mereka sewaktu mereka merangka perlembagaan ini. Saya yakin, artikel 40 (2) dan 43 dibuat dengan begitu umum dan mereka berhasrat untuk menyatakan bahawa jika seseorang itu sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti dewan, maka seseorang itu harus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jika mereka benar-benar mahu menjadikan cara vote of no confidence itu penting, mereka sudah lama meletakkan cara bagaimana vote of no confidence ini harus dilakukan, sudah pasti mereka sudah meletakkan satu lagi clausa mengatakan vote of no confidence ini hanya boleh dilakukan di dalam dewan sahaja. Tetapi ia tidak pernah dinyatakan di dalam mana-mana undang-undang. Kita tidak jelas bagaimana vote of no confidence itu harus dijalankan.

Bagi sebab yang kedua, hakim abdul aziz manyatakan bahawa oleh kerana YB Nizar belum meletakkan jawatan lagi, maka tidak boleh ada dua Menteri Besar dalam satu-satu masa. Memanglah, mana ada orang yang sanggup letak jawatan begitu sahaja. Dalam mana-mana undang-undang sekalipun tidak pernah ada berbunyi Sultan berhak memecat Menteri Besar atau YDPA berhak memecat Perdana Menteri. Benar, tetapi langsung tidak boleh pecat kah?

Saya amat bersetuju dengan hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bahawa Baginda Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak pernah memecat YB Nizar, Cuma YB Nizar hilang kelayakan sebagai Menteri Besar dibawah perkara 16(6) undang-undang tubuh negeri Perak dan artikel 43 (2) (a) perlembagaan persekutuan. Apabila seseorang itu hilang majoriti sokongan dalam dewan, maka perkara pertama yang harus dilakukan olehnya ialah untuk mengadap Sultan bagi meminta “consent” atau perkenan Sultan untuk membubarkan dewan. Di sini baginda sultan mempunyai kuasa mutlak untuk menafikan dan berkata “Beta mahu cuba kerajaan yang baru ini.”

Apabila terjadi perkara seperti di atas, maka dengan automatiknya Menteri Besar ini telah hilang kelayakannya sebagai Menteri Besar dan oleh itu kita tidak perlu beliau untuk meletakkan jawatan lagi oleh kerana beliau sudah pun hilang jawatan. Jika di saat genting seperti ini kita masih memerlukan perletakan jawatan secara sukarela olehnya, susah lah nak buat kerja pentadbiran.

Undang-undang boleh jadi “rigid” atau “flexible” bergantung kepada fakta kes tertentu. Selepas ini YB Nizar akan mengadap Baginda Sultan sekali lagi untuk membubarkan dewan negeri, apa akan jadi jika Sultan menolaknya sekali lagi? Lihat, ia seperti drama yang sama berulang kembali. Oleh itu hujah Peguam Negara tepat apabila beliau mengatakan bahawa seseorang itu hilang kelayakan sebagai Menteri Besar apabila beliau hilang kepercayaan majoriti dan permintaannya untuk membubarkan DUN Perak tidak dipersetujui oleh baginda Sultan Azlan Shah.

Terdapat suatu lagi keraguan. Jika YB Nizar mengatakan bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah dan yakin masih mempunyai majoriti dalam DUN negeri, mengapa beliau mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN seolah-olah beliau sudah hilang kepercayaan majoriti? Ini boleh dikatakan bahawa YB Nizar percaya beliau sudah tidak lagi Menteri Besar yang disokong majoriti ahli DUN dan oleh kerana itu amat penting buatnya untuk mengadakan pilihan raya baru untuk memberi Rakyat Perak membuat keputusan.

Saya berharap Baginda Sultan dapat menempuhi saat ini dengan lebih tabah. Baginda juga harus memikirkan perasaan dan kehendak Rakyat yang bernaung dibawah baginda. Jika baginda masih yakin bahawa kerajaan Dr.Zambry masih sah, maka baginda boleh menolak permintaan YB Nizar sekali lagi untuk membubarkan sidang Dewan DUN. Tetapi jika Baginda mahu menamatkan konflik ini dengan segera, maka Baginda boleh lah membubarkan sidang DUN. Ia adalah kuasa mutlak Baginda sultan yang termaktub dibawah artikel 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan dan kami rakyat jelata menerima apa jua keputusan yang akan Baginda lakukan.

Daulat Tuanku!

SIDDIQ AZANI,
FAKULTI UNDANG-UNDANG UiTM MALAYSIA
WBHim



Friday, May 8, 2009

APABILA BUMI DIPIJAK SUDAH MENJADI MILIK ORANG....MELAYU PASTI DIKETAWAKAN......

Tak sedar di UNTUNG...apa yang mereka nak BUKTIkan? Apakah kita ini negara Tanah Besar China yang selama ini mendasari idealisme dan ideologi politik Komunis?Apakah negara ini mewarisi faham Fasisme? Atau Liberalisme Demokrasi yang dimomok oleh budaya liar dan JAHILIYAH? Apakah Perlembagaan Negara boleh diperlekeh dan dipandang hina oleh pemimpin bukan BN? Apakah Agama Islam yang diwarta dalam Perlembagaan Persekutuan, serta Sumpah Taat Setia dalam Rukunegara sekadar "makan kacang celah gigi sahaja?…"

BUDAYA SAMSENG semakin terserlah dalam Pakatan Rakyat. Trend menghalal serta menggalakkan rakyat memberontak semakin menjadi-jadi. Rakyat menjadi hamba dogma Yahudi, sepakat melakukan kebiadapan ke atas institusi beraja.Rakyat juga didoktrinkan dengan fahaman "adalah tidak menjadi kesalahan jika anda melawan pihak berkuasa".

Mari memberontak...

Jom lawan pihak berkuasa...

Polis dan kerajaan semuanya zalim belaka.....

Malahan rakyat juga secara halus dimomokkan dengan 'perasaan bangga diri' apabila ditangkap serta dipenjarakan.

Dengan megah juga mereka akan bercerita bagaimana kejamnya polis menggunakan gas pemedih mata mahupun belantan pelerai sengketa.

Walaupun tindakan itu disebabkan PROVOKASI yang dimulakan mereka sendiri pada awalnya...

Gambar-gambar semasa di tahan polis akan dipaparkan di blog atau laman web masing-masing sebagai SIMBOL KEMEGAHAN.

Mari jadikan Malaysia seperti Thailand, Myanmar, Bangladesh...mahupun Indonesia.

Kembalikan kuasa kepada rakyat? Apa yang mahu dikembalikan? 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang memegang kuasa dengan restu Sultan ini adakah regim diktator sampai meminta sultan bubarkan DUN dan kembalikan kuasa kepada rakyat.Adakah 28 + 3 ADUN (ADUN Penyokong Kerajaan) yang menjadi wakil rakyat telah memaksa rakyat memberi undi kepada mereka hingga mereka menang?.

Kita semua yakin 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang menang dalam PRU yang lalu tidak ada bezanya dengan kemenangan 28 DUN penyokong pembangkang di negeri Perak sekarang.Kalaulah Nizar tidak dungu sangat dalam politik, tentu dia tahu dalam sistem demokrasi, yang ramai wakil atau penyokonglah yang memiliki kuasa untuk menjadi pemerintah.Kalau nak kira rampas kuasa, Nizar pun boleh dikira sebagai rampas kuasa rakyat juga kerana UMNO menang 28 kerusi manakala PAS hanya 6 kerusi, DAP 18 kerusi (tinggal 17 kerana seorang telah keluar) manakala PKR 7 kerusi ( tinggal 5 kerana 2 orang telah keluar).

Parti mana yang paling ramai menang secara bersepadu? UMNO! tetapi mengapa Nizar jadi Menteri Besar. Kerana DAP, PKR dan PAS rampas kuasa rakyat dengan mengambil kesempatan dari sedikit kelemahan dalam sistem politik di Malaysia.Sekarang Pakatan Rakyat di Perak menerima nasib yang sama. Sudah terbalik. Sehingga sekarang PR masih lagi belum didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah? Adakah "pertubuhan haram" ini boleh diterima sebagai kuasa untuk membentuk kerajaan?

Apabila terkena kepada mereka (PR) dituduhnya pula kerajaan BN di Perak kononnya merampas kuasa rakyat.Ini membuktikan Nizar sememangnya sudah menjadi manusia tidak tahu diuntung. Semasa dilantik Sultan menjadi Menteri Besar, megahnya bukan main kepalang. Tersengeh simpul macam kerang busuk sedangkan hakikatnya menjadi Menteri Besar hanya seketika pun atas budi bicara kuasa Sultan.

Kalau tidak kerana kuasa Sultan, Nizar hanya menjadi 'tahi gigi' kepada pakatan parti-parti pembangkang di Perak di mana Ngeh Koo Ham dan kuncu-kuncunya akan membuli orang Melayu termasuk Nizar sendiri.Seperkara lagi, adakah PAS merasakan mereka kini benar-benar kukuh sehingga merasakan UMNO pula yang terhegeh-hegeh hendak sangat bekerjasama dengan mereka?

Tidakkah PAS menyedari kuasa mereka sehingga mampu memerintah Perak walaupun hanya seketika adalah atas belas ehsan DAP? Adakah PAS lupa jumlah kerusi yang mereka menangi di Perak berbanding DAP?Hanya dengan enam kerusi, tetapi PAS merasakan mereka benar-benar hebat dan kuat sedangkan realitinya Nizar ketika menjadi Menteri Besar hanya sekadar menjadi orang suruhan DAP semata-mata, disuruh Ngeh dan Ngar Kor Ming menyalak, maka mereka akan menyalak sepuas-puasnya.

Malah lebih haru, puak-puak PAS ini sanggup buat-buat bodoh dan bertakbir pula apabila Ngar mempermainkan ayat suci al-Quran sedangkan mufti bersuara meminta orang kafir tidak berbuat demikian.Lainlah kalau Ngar mahu memeluk Islam dan mempelajari ayat suci al-Quran, ini tidak, sebaliknya hanya mempermainkan ayat al-Quran ketika berceramah sambil bergelak ketawa.

Tetapi itulah hakikatnya, PAS bukan sahaja anggup bekerjasama dan tidur sebantal dengan pihak-pihak yang mempermainkan Islam, namun dalam masa yang sama, menolak pelawaan saudara seagama untuk bersama-sama mencari titip permulaan ke arah kepentingan negara dan rakyat.Sampai bilakah PAS mahu sedar tetapi terus berada dalam kepompong jumud dengan bersikap begini?

Maka, di masa hadapan akan wujud ungkapan iaitu "Bangsa Melayu hari ini 'bangga' menderhaka kepada bangsanya sendiri".

Apabila bumi yang dipijak sudah menjadi milik orang…

Melayu pasti diketawakan...


Thursday, May 7, 2009

KATA IBU....

Sempena Hari Ibu....

Masih ku ingat kata-kata ibu
sambil memberi wang dan berpesan
Sayang, 'Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
kalau tiada pergi ke kedai Maniam
kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur
yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian
aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat
bertahun-tahun begitu
sesekali aku ke kedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:
'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli
bukan tuan
kilang bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu minum kopi pun kata mereka
sedap dikedai Cina'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau tapi kini
sungai juga dibeli dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli dibina kondo mewah
Melayu mahu tinggal di mana
dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:
'Tanamlah kucai
kita dapat berkat
kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
kalau kita tanam kucai
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:
Jangan makan tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala'..
Ingatlah.... ..



MAT SABU DITAHAN POLIS BUKAN KERANA SOLAT HAJAT

Penangkapan Mat Sabu semalam menjadi satu topik yang paling hangat buat Pakatan Rakyat. Ramai di kalangan penyokong PAS marah dengan tindakan polis yang tergesa-gesa dan dibuat tanpa waran. Persoalan tentang kewajaran penahan Sabu diburukkan lagi dengan cerita beliau ditangkap secara kasar dan tidak bertamadun, diserbu (oleh polis) serta ditangkap tanpa mengemukakan sebarang waran tangkap.

Sudah dijangka... Mat Sabu sekarang semakin popular. Penahanan beliau disensasikan untuk mendapat simpati rakyat. Program agama dan solat hajat dijadikan umpan oleh PAS sebagai tiket untuk mengadakan ceramah politik dan juga merupakan salah satu cara berkempen bagi memberi dorongan kepada pengikutnya untuk mengadakan perhimpunan haram di Bangunan Perak Ridzuan pada hari sidang DUN itu kelak.Kini Mat Sabu adalah hero rakyat.

Penangkapan oleh pihak berkuasa menjadi satu kebanggaan buat mana-mana pemimpin penentang kerajaan. Ramai lagi yang ingin memperlihatkan kehebatan parti yang tidak gentar tindakan undang-undang selain dapat menonjolkan diri, personaliti dan menaikkan reputasi masing-masing.

Percayalah kepada tugas anggota keselamatan. Tanpa mereka, negara akan terumbang ambing tanpa kawalan dan rakyat akan berbuat sesuka hati tanpa mengira batas undang-undang. Dengan kepekaan dan keaktifan penguatkuasa undang-undang di negara kita, kewujudan golongan radikal dan pelampau dapat dibendung. Keberkesanan tanggungjawab yang dipikul pasukan keselamatan kita tidak disukai oleh mereka yang cenderung untuk memprotes dengan cara yang agresif.

Mengikut maklumat, Pakatan Rakyat akan merancang pergerakan ketiga parti (mengikut arah dan cara kepimpinan masing-masing). Mat Sabu ditahan kerana disyaki cuba hendak mempergunakan kesempatan di Masjid dan tempat perkumpulan penyokongnya untuk mempengaruhi rakyat agar membubarkan DUN dan mewujudkan suasana tidak tenteram pada hari sidang itu kelak. Antara lain, pemakaian baju hitam (melambangkan simbol kegelapan kerajaan BN di Perak), bertujuan untuk menaikkan moral penyokong Pakatan Rakyat agar lebih agresif mendesak pembubaran DUN Perak.

Polis bertindak atas laporan atau risikan yang dibuat dan ia tidak dilakukan secara membabi-buta. Mana-mana individu yang disyaki boleh mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam, maka tindakan awal menghalang mereka daripada terus memburukkan keadaan adalah wajar. Menahan mereka bukan untuk memenjarakan mereka, selagi mereka tidak terbabit perbuatan yang ada unsur-unsur jenayah.

Bagi saya, sekiranya Mat Sabu benar-benar ikhlas hendak mengadakan solat hajat untuk seperti yang diperkatakan mengapa perlu merancangkannya pada malam sebelum sidang DUN? Mengapa mesti di Perak? Mengapa perlu mengumpulkan hanya penyokong-penyokong mereka sahaja?

Saya tidak percaya PAS cuma membuat program agama tanpa adanya kemuncak aturcara – selalunya diakhiri dengan perarakan penyokongnya dan demonstrasi membantah kerajaan. Mengakulah, tanpa semua ini tidak dinamakan PAS sebagai parti pembangkang. Inilah budaya yang kita lihat sekarang subur dalam mana-mana kepimpinan parti melayu pembangkang sekarang.

Jika semua program mereka bertujuan untuk rakyat tetapi berbau politik dan diadakan pada hari-hari tertentu yang ada kaitan dengan pergerakan parti, masihkah kita mempercayai semua alasan-alasan mereka untuk agama?

Percayalah kepada tugas anggota keselamatan. Tanpa mereka, negara akan terumbang ambing tanpa kawalan dan rakyat akan berbuat sesuka hati tanpa mengira batas undang-undang. Dengan kepekaan dan keaktifan penguatkuasa undang-undang di negara kita, kewujudan golongan radikal dan pelampau dapat dibendung. Keberkesanan tanggungjawab yang dipikul pasukan keselamatan kita tidak disukai oleh mereka yang cenderung untuk memprotes dengan cara yang agresif.

Mengikut maklumat, Pakatan Rakyat akan merancang pergerakan ketiga parti (mengikut arah dan cara kepimpinan masing-masing). Mat Sabu ditahan kerana disyaki cuba hendak mempergunakan kesempatan di Masjid dan tempat perkumpulan penyokongnya untuk mempengaruhi rakyat agar membubarkan DUN dan mewujudkan suasana tidak tenteram pada hari sidang itu kelak. Antara lain, pemakaian baju hitam (melambangkan simbol kegelapan kerajaan BN di Perak), bertujuan untuk menaikkan moral penyokong Pakatan Rakyat agar lebih agresif mendesak pembubaran DUN Perak.

Polis bertindak atas laporan atau risikan yang dibuat dan ia tidak dilakukan secara membabi-buta. Mana-mana individu yang disyaki boleh mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam, maka tindakan awal menghalang mereka daripada terus memburukkan keadaan adalah wajar. Menahan mereka bukan untuk memenjarakan mereka, selagi mereka tidak terbabit perbuatan yang ada unsur-unsur jenayah.

Bagi saya, sekiranya Mat Sabu benar-benar ikhlas hendak mengadakan solat hajat untuk seperti yang diperkatakan mengapa perlu merancangkannya pada malam sebelum sidang DUN? Mengapa mesti di Perak? Mengapa perlu mengumpulkan hanya penyokong-penyokong mereka sahaja?

Saya tidak percaya PAS cuma membuat program agama tanpa adanya kemuncak aturcara – selalunya diakhiri dengan perarakan penyokongnya dan demonstrasi membantah kerajaan. Mengakulah, tanpa semua ini tidak dinamakan PAS sebagai parti pembangkang. Inilah budaya yang kita lihat sekarang subur dalam mana-mana kepimpinan parti melayu pembangkang sekarang.

Jika semua program mereka bertujuan untuk rakyat tetapi berbau politik dan diadakan pada hari-hari tertentu yang ada kaitan dengan pergerakan parti, masihkah kita mempercayai semua alasan-alasan mereka untuk agama?

Sumber : rajahmas.blogspot.com


Wednesday, May 6, 2009

JANGAN LENA DIULIT MIMPI, MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI....

Sultan Perak tidak pernah memecat Nizar daripada jawatannya sebagai MB tetapi beliau tersingkir daripada jawatan tersebut berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Peguam Negara, Tan Sri Abd. Gani Patail memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, Penyingkiran Nizar adalah mengikut perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak apabila beliau kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

Sultan Perak sebenarnya telah mematuhi Perlembagaan Perak dan telah menimbang semua bukti dan fakta sebelum mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam DUN Perak. Sultan Perak juga telah memanggil 3 ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd. Osman Mohd. Jailu dan Hee Yit Foong bagi memastikan pendirian mereka.

Sultan Perak tidak pernah memecat MB tetapi MB perlu meletak jawatan apabila tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN. Tetapi jika MB tidak juga mahu meletak jawatan selepas diarahkan tetapi sanggup pula untuk sembah derhaka terhadap Sultan, maka wajarlah sultan menggunakan kuasa untuk memecat MB. Usahkan sultan, kita sebagai ibu bapa jika anak-anak sedikit kurang ajar akan menggunakan kuasa untuk mendidik mereka…

Selepas peristiwa sumpah derhaka, pakatan pembangkang mendesak pula mahukan DUN perak dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya semula diadakan. Janganlah lena diulit mimpi lagi. Seharusnya mereka sedar bahawa tuntutan mereka itu adalah tidak berasas kerana mereka tidak lagi mewakili majoriti di dalam dewan. Pilihanraya semula hanya boleh dipohon oleh MB yang mempunyai kerusi majoriti. Dalam situasi sekarang, sudah pastilah hanya Dr. Zambry yang boleh memohon pembubaran dewan kepada Sultan Perak. Ini kerana Nizar tidak lagi mempunyai kuasa untuk memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN…

Sidang DUN Perak yang akan berlangsung dari 7 – 13 Mei 2009 pasti menjadi perhatian masyarakat Malaysia khususnya rakyat negeri Perak. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pembangkang bagi melengahkan sidang DUN Perak. Dan yang terkini apabila Speaker, V. Sivakumar memohon kepada Sultan Perak supaya sidang DUN Perak ditangguhkan kerana kedudukan Dr. Zambry selaku MB Perak masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selain itu Sivakumar juga beralasan akan berlaku perbalahan @ pertelingkahan antara 2 pihak bagi mempertahankan pendirian masing-masing… secara tak langsung, Ini bermakna Sivakumar memperakui kuasa Sultan dalam memanggil dan mengisytiharkan persidangan Dewan.

Sedarlah Sivakumar, Kuasa Speaker di Perak memang muktamad tapi ianya hanya terhad kepada memastikan peraturan dan perjalanan dewan dipatuhi dan berjalan dengan baik. Speaker bukan ada kuasa untuk menentukan kerusi ADUN kosong atau memecat pekerja dewan yang tertakluk di bawah peraturan kakitangan awam atau penentu tarikh dewan bersidang.

Apapun pembangkang seharusnya sedar bahawa Sidang DUN yang akan bermula esok (7 April 2009) telah mendapat perkenan Paduka Sultan Perak…

Dan sebenarnya motif utama pembangkang meminta sidang DUN ditangguhkan adalah kerana jika mereka berjaya melengahkan persidangan yang sepatutnya diadakan dalam tempoh 6 bulan sejak November tahun lalu, bermakna mereka boleh membubarkan DUN dan seterusnya membolehlah pilihanraya semula diadakan….itulah kelicikan mereka….

Sebagai ingatan kepada kita semua….Negara kita adalah negara berdaulat. Jangan menghina Sultan dan institusi raja-raja Melayu dengan menafikan hak mereka untuk memutuskan pentadbiran yang sesuai di negeri masing-masing. Jangan membawa budaya politik melampau dari negara jiran ke tanahair kerana ia hanya membawa kehancuran yang sebenarnya kepada negara kita. Begitulah juga dengan ketenteraman serta kesejahteraan yang kita nikmati selama ini. JANGAN MENANG SORAK TAPI KAMPUNG TERGADAI….


Wednesday, April 29, 2009

Benarkah Mahkamah berat sebelah???????

KENYATAAN AKHBAR
YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
28 April 2009

Saya ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan Malaysia di Putrajaya telah menolak Notis Usul yang difailkan oleh saya di bawah Artikel 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Artikel ini ialah mengenai kuasa khas bagi Mahkamah Persekutuan berkenaan tafsiran Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana terdapat percanggahan fakta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila peguam YB Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin telah memohon bagi memeriksa balas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak terhadap affidavit yang telah diikrarkan oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.

Saya dengan rendah diri menerima dan menghormati segala keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah yang bersidang pada hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan Mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak menyebelahi saya.

Pada saya everybody is equal under the eyes of the law and subjected to the Constitution.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini juga pernah menolak permohonan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar persoalan berhubung dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dibawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan 1964.

Tindakan saya menfailkan Notis Usul dibawah Artikel 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan saya sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh YB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin demi kebaikan dan kepentingan rakyat Perak seluruhnya dan bukan mencari jalan pintas seperti yang didakwa sesetengah pihak.

YB Nga Kor Ming pada hari ini melalui Akhbar New Straits Times menyatakan bahawa:

“Does Zambry know ahead of time that the court will rule in his favour, even though the matter has yet to be heard? If so where is the independence of judiciary.”

Saya seterusnya menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh YB Nga Kor Ming adalah sesuatu yang tidak bertanggung jawab dan berunsur hasutan.


Saya tidak pernah mengganggu Mahkamah dalam membuat sebarang keputusan dan saya tidak pernah mempersoalkan kebebasan sistem kehakiman Negara walaupun adakalanya tidak menyebelahi saya.

Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya memuji dan menyokong keputusan Mahkamah yang menyebelahi mereka tetapi menggunakan pelbagai alasan untuk menolak keputusan Mahkamah apabila tidak menyebelahi mereka.

YB Dato Ngeh Koo Ham dalam ucapannya dalam Majlis Ceramah PAS kawasan Lumut pada 17 April 2009 telah menyentuh isu keputusan Mahkamah Persekutuan dan menyatakan bahawa:

“Tuan-tuan dan puan, saya rasa amat kesal lah, kerana Mahkamah Persekutuan tidak ikut undang-undang, prinsip undang-undang yang sedia ada telah termaktub ataupun diterima sebagai surat selesai ataupun sudah diputuskan semenjak sekian lama lagi, mereka sudah tukar undang-undang hanya kerana kes Negeri Perak”

Kenyataan yang dibuat oleh YB Dato Ngeh Koo Ham bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Persekutuan malahan suatu tindakan menghasut rakyat Negeri Perak supaya tidak menghormati undang-undang dan institusi Kehakiman Negara.


Adakah ini keadilan yang dibawa dan diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang?

Saya juga menyatakan bahawa Dewan Negeri Perak perlu bersidang walaupun kes berkenaan semakan kehakiman yang difailkan oleh YB Dato Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin terhadap saya masih belum diputuskan.

Ini adalah kerana selagi mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan sebaliknya berkenaan perlantikan saya; kedudukan saya sebagai Menteri Besar Perak adalah sah dan saya bersama-sama barisan Exco saya berhak bagi menduduki kerusi yang sepatutnya diduduki oleh kami ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tuan Yang Dipertua Dewan juga mesti mengiktiraf dan menghormati perlantikan kami sehingga Mahkamah memutuskan sebaliknya.

Secara ringkas, Melalui kenyataan media di atas, MB Perak menjawab permainan perang saraf Ngeh-Nga-Nizar menuduh mahkamah berat sebelah.Jika benar, memang tidak adil. Adakah mahkamah hanya membuat keputusan menyebelahi BN? Bagaimana pula jika ianya satu pembohongan? Bukankah itu menghina mahkamah?

Sultan yang melantik Zambery, bukan Zambery melantik dirinya. Bukan Zambery yang memecat Nizar. Keputusan Sultan dibuat berdasarkan kuasa di dalam peruntukkan undang-undang dan perlembagaan. Di Malaysia, perlembagaan adalah "supreme" melebihi orang perseorangan, institusi, rakyat, proses demokrasi dan prosedur pentadbiran.Baginda telah gunakan prosedur sama yang diguna untuk melantik Nizar dalam melantik Zambery. Dengan hak yang ada pada Sultan, terpulanglah dia untuk menentukan dengan adil.

Keputusan Tuanku adalah prerogatif yang termaktub dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Perak dan penentangan secara tidak langsung bermaksud menentang sekali undang-undang, perlembagaan dan institusi negara.

Sememangnya salah untuk terlalu setia seperti Hang Tuah, tetapi tidak patut untuk bertindak seperti Hang Jebat yang hanya berdasarkan emosi, dendam, dan tidak rasional. Kita perlu setia tetapi tidak perlu menurut membabi buta. Kesetiaan kita adalah kepada susunan, proses peraturan, pengagihan kuasa dan institusi yang telah terbina sejak sekian lama…

Bumi Malaysia tercinta ini kita pinjam dari anak cucu kita. Peliharalah dengan sebaiknya agar anak cucu kita tidak merempat di bumi sendiri

Tuesday, April 28, 2009

APA LAGI YANG NIZAR NAK BUKTIKAN...SUDAH-SUDAHLAH TU....


Nizar nampak gaya masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang jawatannya sebagai MB telah gugur dan terlucut bila Sultan Perak melantik Datuk Dr. Zambry sebagai MB Perak yang baru.Sifat tidak puas hati Nizar masih lagi membara walaupun sudah beberapa kali diterangkan.

Perkara ini masih tiada penghujungnya bila Nizar masih lagi memfailkan notis usul agar Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tidak sah dan terbatal kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mohammad Nizar masih menyatakan dirinya Menteri Besar yang sah berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak kerana beliau yang bertindak menasihati Sultan.Bagi Nizar semua orang Termasuk Baginda Sultan harus menerima nasihat dari beliau sahaja .Dan orang lain tak layak nak menasihati beliau termasuklah Baginda Sultan Perak.

Sikap Nizar itu menggambarkan beliau seorang pemimpin Islam yang benar-benar sombong dan angkuh.Nizar berada di istana ketika baginda bertitah supaya dicari titik pertemuan antara parti-parti politik berbeza, tetapi selepas itu beliau boleh mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Tindakannya itu menunjukkan beliau bukan sahaja membelakangkan nasihat Sultan tetapi juga seorang pemimpin Islam yang angkuh dan sombong serta sanggup melihat kehancuran bangsa sendiri.

Apakah Nizar buat lupa titah Sultan bahawa perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.Sebaliknya Nizar pula beliau meminta Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Orang melayu merasa sedih bagaimana seorang pemimpin melayu sanggup memperlekehkan ingatan Baginda yang mahu orang melayu mencari satu formula untuk mencari perdamaian.Apakah Nizar sudah tidak mahu menganggap Sultan sebagai Payung pada seluruh rakyat negeri Perak.

Dari tindak tanduk Nizar dengan membawa kes perlantikan MB ke mahkamah jelas Nizar tidak mahu lagi menerima nasihat dari Sultan.Jelas Nizar ibarat berkerat rotan dalam kemelut ini.Sayang melihat pemimpin melayu sendiri menghina Rajanya sendiri hanya kerana kuasa .

Sedih melihat pemimpin melayu sendiri tidak membantu orang melayu Perak bila kuasa ditangan.Sedih melihat pemimpin melayu sendiri memberi hak orang melayu pada bangsa asing.Sedih melihat pemimpin melayu mementingkan kroni dari melihat bangsa sendiri yang merempat di tanah sendiri.

Pada Nizar ,insafilah titah Sultan yang mahu pergolakan ini berpenghujung bukan bermula....Diharap kita jangan lah jadi si tanggang dan malim kundang yang derhaka pada ibu bapanya.Diharap Nizar menerima apa yang Sultan titah ,walau ianya agak terlambat tapi ianya harus ada permulaan.

RENUNG RENUNGKAN LA.....BAK KATA NABIL YG MENANG ABPBH2008, LU PIKIR LA SENDIRI


Friday, April 17, 2009

PERLETAKAN JAWATAN FAIRUS SATU MAINAN POLITIK - DS NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti semalam sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Mohammad Fairus itu adalah satu keputusan politik.
"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Fairus, 32, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti berkuat kuasa serta merta atas alasan ingin memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat pada dasarnya tidak suka kepada pilihan raya kecil yang sengaja diadakan.

Ditanya peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Najib berkata, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah soal prinsip.

"Ini bukan soal peluang tetapi saya bercakap mengenai soal prinsip kerana berdasarkan perlembagaan, anggota Parlimen atau pun DUN perlu meneruskan khidmatnya sehinggalah ada sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.

"Tapi meletakkan jawatan jelas bertentangan dengan konsep demokrasi berpelembagaan kerana apabila seseorang itu menawarkan diri untuk berkhidmat dalam satu tempoh tertentu, beliau harus bersedia berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Najib berkata, terlalu banyak 'politiking' yang berlaku dalam negara boleh menjejaskan tumpuan terhadap pembangunan negara.

"Pada masa sekarang, kita harus tumpu kepada usaha untuk pulihkan ekonomi negara dan untuk membolehkan kita membela kepentingan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang berhubung situasi politik di Perak yang boleh menimbulkan huru hara seperti yang berlaku di Thailand jika DUN tidak dibubarkan, Najib berkata, perkara tersebut tidak mungkin berlaku.

"Saya tidak nampak ada krisis sebab kita adalah sebuah negara dan masyarakat yang berpegang teguh kepada keluhuran dan undang-undang negara.

"Jadi undang-undang mestilah menjadi prinsip yang harus kita hormati.
"Jangan kita hanya menghormati apabila keputusan itu berpihak kepada kita... dan bila tidak berpihak kepada kita, buat lain pula," katanya.


Wednesday, April 15, 2009

Jangan mudah melenting

APABILA Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kekecewaan berhubung sikap sesetengah pengundi Cina di Bukit Gantang yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN), kenyataan tersebut yang disiarkan dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia bukan sahaja diputar belitkan oleh akhbar-akhbar Cina, malah beberapa pemimpin kaum itu turut 'melenting'.
Mereka menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu tidak wajar. Malah ia juga dijadikan 'peluru' oleh pihak-pihak bukan Melayu untuk menyerang UMNO termasuklah kolumnis dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Tidak cukup dengan itu sebuah saluran radio berbahasa Mandarin milik kerajaan turut menjadikan ia sebagai polemik apabila selama satu jam membenarkan pendengar memberi maklum balas dan kesemua mereka 'membelasah' Muhyiddin.

Persoalannya, apakah kerana perkara yang dinyatakan berkaitan dengan masyarakat Cina atau India, maka mana-mana pemimpin UMNO tanpa mengira setinggi mana pun kedudukannya dalam kerajaan tidak boleh membuat teguran?

Kenapakah perlu pihak-pihak tertentu terlalu sensitif dengan teguran yang dibuat. Kalaulah mereka betul-betul berjiwa sensitif, mana-mana pemimpin bukan Melayu terutama dalam MCA atau Gerakan tidak akan tergamak menuding jari ke arah UMNO apabila BN mencatatkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Mereka menganggap UMNO menjadi punca sehingga Gerakan kehilangan kuasa di Pulau Pinang manakala MCA tewas dalam kebanyakan kerusi yang ditandingi akibat penolakan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Justeru dalam keadaan sekarang, tidak perlulah mereka terlalu berjiwa sentimental sehinggakan seorang berjawatan Timbalan Perdana Menteri pun tidak boleh bercakap sesuatu mengenai kaum lain.

Sebenarnya, biarpun mungkin mereka mengetahui kenyataan Muhyiddin sudah diputar belitkan tetapi pemimpin-pemimpin berkenaan tidak mahu menunggu dahulu bagi mendapat penjelasan beliau, sebaliknya mereka terus dengan sewenang-wenangnya membuat kenyataan balas.

Sikap tergopoh-gapah mereka itu turut dilakukan oleh sesetengah kolumnis dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang turut mengungkit pelbagai perkara berkaitan UMNO. Seolah-olah dalam apa juga perkara yang memungkinkan wujudnya kelemahan sokongan kaum Cina kepada MCA dan Gerakan, ia berpunca daripada UMNO.

Sebenarnya soal ungkit-mengungkit ini tidak akan menyelesaikan masalah kerana kalau UMNO mahu mengungkit jasanya kepada bukan Melayu ia sudah terlalu banyak malah terkumpul sejak sebelum merdeka lagi.

Tetapi UMNO lebih tepat lagi orang Melayu bukanlah satu kelompok yang dilahirkan untuk mengungkit segala jasa yang dilakukan. UMNO sentiasa berpegang dengan prinsip persahabatan dalam BN dan cuba menyelesaikan apa juga masalah melalui perbincangan serta rundingan.
Namun senario selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah segala-galanya. Kaum bukan Melayu dalam MCA, Gerakan dan MIC sudah berani menyuarakan sesuatu yang bertentangan dengan semangat BN malah ada ketikanya menyentuh perasaan orang Melayu.

Ketika itu tidak pula, pemimpin-pemimpin berkenaan memikirkan kesannya kepada orang Melayu. Tetapi, apabila Muhyiddin bercakap soal membalas budi, kaum bukan Melayu kononnya terasa tersinggung dan terhina.

Mereka menggunakan istilah seolah-olah kaum mereka digambarkan meminta-minta atau mengemis bagi mendapatkan sesuatu daripada BN.

Hakikatnya, sikap sensitif tidak bertempat ini harus dihentikan. Kalau pemimpin-pemimpin MCA terutamanya tidak mahu tersinggung, mereka juga jangan mudah menuding jari kepada UMNO apabila tewas dalam sesuatu pilihan raya.

Dalam kita bercakap soal membalas budi, Muhyiddin berkata dalam konteks yang benar tetapi ia bukanlah bermaksud masyarakat Cina tidak tahu mengenang budi seperti mana yang diputar belitkan oleh akhbar Cina.

MCA sendiri pun pasti memahami apabila permintaan pengundi di dalam sesuatu kawasan pilihan raya dipenuhi, sudah tentulah mana-mana parti yang memenuhi permintaan berkenaan akan mengharapkan mereka akan mendapat sokongan.

Tetapi di Bukit Gantang, keadaan berlaku sebaliknya, begitu juga di Bukit Selambau apabila sekolah jenis kebangsaan Tamil dibantu tetapi BN tetap juga tewas. Apakah situasi ini tidak mengecewakan MCA atau MIC?

Sedangkan pengundi Melayu yang tidak mendapat apa-apa peruntukan meningkatkan sokongan mereka kepada BN dan UMNO. Kalau begitulah sikap pengundi bukan Melayu, lebih baiklah segala peruntukan diberikan kepada pengundi Melayu, lagipun bukankah MCA tidak mahu pengundi Cina dilihat seperti 'meminta-minta'.

Oleh itu, jika MCA ingin terus bersama-sama BN, maka mereka juga perlu memegang teguh prinsip BN dan bukannya hanya bijak mencari salah orang lain terutamanya UMNO apabila kalah dalam pilihan raya.

Kepada kaum bukan Melayu pula, tidak kiralah setinggi mana pun kedudukan mereka, apa yang mereka nikmati sekarang adalah hasil perjuangan UMNO.

Memang betul UMNO adalah parti induk orang Melayu tetapi UMNO mempunyai semangat kerjasama dan setiakawan yang tulen dengan parti-parti komponen BN yang lain.
Malah dalam pemerintahan negara, biarpun UMNO menjadi pemimpin utama namun kepentingan kaum lain tidak dipinggirkan. Atas sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Ia bertujuan untuk memastikan tiada mana-mana rakyat di negara ini ketinggalan dalam apa juga bidang, mereka akan menikmati keadilan dan kesaksamaan.

Hakikatnya, kaum bukan Melayu tidak boleh melupakan jasa UMNO, kalau mereka tidak mahu dituduh tidak tahu membalas budi.

Sejak selepas pilihan raya umum lalu, kaum bukan Melayu seolah-olah mendapat suatu kekuatan baru apabila melihat orang Melayu berpecah. Justeru mereka membuat tuntutan yang bukan-bukan dan ketikanya mahu dilayan sama taraf dengan kedudukan orang Melayu.
Pelbagai permintaan dilakukan sehingga ada antaranya mahu sejarah mengenai negara ini ditulis semula kononnya atas dasar bagi mengiktiraf jasa kaum bukan Melayu.

Sebenarnya, UMNO dan pemimpin Melayu negara ini tidak pernah melupakan jasa bukan Melayu dalam membangunkan negara ini tetapi ia tidaklah bermaksud sehingga terpaksa membenarkan kaum berkenaan mengamalkan sikap 'beri betis hendak paha'.

Selepas 52 tahun kita merdeka, sepatutnya perkara-perkara yang dipersetujui bersama tidak dibangkitkan lagi, tetapi secara jujurnya apakah selepas pilihan raya umum lalu perkara itu masih dipertahankan oleh parti-parti komponen BN atau hari demi hari, ia semakin diganggu gugat?

Oleh itu, bagi mengelakkan perbalahan, perpecahan dan perpaduan kaum di negara ini tergugat, parti-parti berkenaan harus bermuhasabah. Jika mereka mahu UMNO dan orang Melayu menjaga hati mereka, maka mereka juga harus tahu menjaga hati orang lain.

Mungkin UMNO dilihat tidak kuat sekarang tetapi ini tidak bermaksud UMNO yang sudah banyak berjasa kepada rakyat negara ini termasuk mereka yang ada dalam barisan pembangkang, boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak sehinggakan pemimpin UMNO hendak menegur atau mengkritik sedikit pun tidak boleh.

sumber : Utusan Malaysia 15 April 2009

Tuesday, April 14, 2009

Pembangkang terus berkhayal

PERKATAAN asal bagi 'bayangan' ialah bayang-bayang. Kalau 'bayang-bayang' ia dikaitkan dengan tubuh manusia atau satu objek akibat tindak balas cahaya namun ia tidak boleh disentuh tetapi boleh dilihat. Kalau kita menggunakan istilah 'membayangkan' pula ia berkaitan dengan fikiran.

Justeru tidak kisahlah sama ada ia bayangan, bayang-bayang atau membayangkan, ketiga-tiga perkataan ini berkait rapat dengan perkara yang bukan nyata, tidak pasti dan lebih tepat lagi hanyalah khayalan.

Dalam sebuah lagi yang didendangkan oleh Ibnor Riza terdapat lirik berbunyi, ''Kau bayang-bayang masa nan silam ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah."
Mungkin inilah sindrom yang dihadapi oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyatakan bahawa mereka akan mewujudkan Kabinet bayangan, kononnya sebagai saingan kepada Kabinet Rakyat yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional (BN).

Bagi Anwar, beliau mahu rakyat membayangkan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang yang akan disenaraikan dalam Kabinet bayangan berkenaan adalah Perdana Menteri (yang sudah tentu beliau sendiri), Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.
Oleh itu, kalau rakyat berjumpa dengan mereka, rakyat mesti membayangkan bahawa Anwar dikelilingi oleh pengawal peribadi dan dilayan seperti Perdana Menteri. Begitu juga terhadap pemimpin-pemimpin yang disenaraikan.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Anwar yang terlepas jawatan Perdana Menteri apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 mahu menyeret rakyat ke alam khayalannya.

Tahun lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Anwar telah menubuhkan Kabinet bayangan pembangkang dengan matlamat untuk membolehkan rakyat membayangkan itulah bakal pemimpin mereka jika mimpi 16 September menjadi kenyataan.

Anwar sudah berkhayal bagaimana dirinya akan dilayan sebagai Perdana Menteri dan hadir mesyuarat Kabinet dengan dihimpit oleh dua atau tiga Timbalan Perdana Menteri.
Tidak perlulah kita menyebut siapa mereka kerana kita tidak mahu terlibat dalam dunia khayalan yang dicetuskan oleh Anwar.

Sebenarnya, pembangkang bukannya tidak mengetahui bahawa bayangan, bayang-bayang atau membayangkan adalah sesuatu yang bukan realiti, sesiapa juga boleh mencipta apa juga khayalan malah penulis pun boleh membayangkan (berkhayal) untuk menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Menteri atau Menteri, tetapi persoalannya wajarkah atau lebih tepat lagi waraskah untuk kita berbuat demikian?

Orang yang suka berkhayal atau sering membayangkan sesuatu perkara yang tidak pasti sebenarnya mempunyai krisis identiti, mereka tidak akan memikirkan apa lagi asalkan hati berasa seronok kerana membayangkan sesuatu yang mengasyikkan.

Sebelum ini pun pembangkang sudah masuk dalam dunia khayalan (bayangan) apabila membentangkan bajet tandingan selepas kerajaan membentangkan realiti Bajet 2009.
Mereka menyebut soal peruntukan berbilion-bilion ringgit tetapi hakikatnya 'habuk pun tarak', ini sama seperti seseorang membayangkan apa yang akan dia lakukan jika mempunyai RM1 juta. Dia hanya boleh membayangkan tetapi realitinya tiada.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak berasa gundah gulana dengan khayalan terbaru Anwar berhubung Kabinet bayangan berkenaan.

Ini selari dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan pembangkang masuh belum berputus asas cuba memberi gambara kepada rakyat bahawa mereka sedia mengambil alih kerajaan.

''Apa yang nyatakan Kabinet BN yang dibentuk menerusi saf baru bukan merupakan barisan bayangan tetapi yang sah dan mempunyai mandat serta tanggungjawab besar terhadap rakyat," kata Muhyiddin.

Sebenarnya, Anwar dan pembangkang ingin terus berpolitik, mereka sebenarnya bimbang dengan kedudukan kerajaan sekarang yang dilihat berusaha keras untuk memperkukuhkan kembali sokongan rakyat.

Gandingan mantap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin serta pelaksanaan gagasan Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan meresahkan pembangkang terutamanya Anwar.

Justeru mereka berusaha mencipta khayalan supaya rakyat akan terseret sama untuk bermimpi bersama-sama mereka.

Oleh itu apa sahaja yang akan dilakukan kerajaan akan cuba dijejaskan dengan 'bayang-bayang' tindakan mereka.

Walaupun mereka tahu ia tidak akan menjadi kenyataan tetapi demi keseronokan untuk terus berpolitik maka ia dilakukan.

Namun begitu, rakyat sudah pasti bijak untuk menilai antara realiti dan mimpi, antara kenyataan dan khayalan.

Anwar boleh membariskan berapa banyak pun bentuk anggota kabinetnya, tetapi hakikatnya yang memerintah negara sekarang ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Putrajaya pusat pentadbiran negara diisi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dari parti itu.

Berdasarkan kepada fakta ini, tidak perlulah kita melayan sangat mimpi-mimpi Anwar itu, biarlah beliau seorang sahaja dengan dibantu oleh beberapa pemimpin pembangkang terus berkhayal dengan pembentukan Kabinet mereka.

Selama ini pun mereka sudah banyak berkhayal dan ia tidak pun menjadi kenyataan, sama seperti impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Apa yang penting Kabinet BN mempunyai tanggungjawab berat untuk membuktikan kemampuan mereka kepada rakyat.

Sememangnya jika BN terus berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi segala impian (bukan khayalan) dan kehendak rakyat, maka sudah pastilah apa yang dibayangkan oleh pembangkang tidak akan menjadi kenyataan.

Mengenai telatah pembangkang pula, biarlah rakyat sahaja menilai sikap mereka itu terutamanya gelagat Anwar kerana suatu hari nanti apabila segala yang dikhayalkan oleh beliau tidak menjadi kenyataan.

Mungkin penyokong pembangkang sendiri akan 'mendendangkan' lirik lagu Ibnor Riza yang berbunyi: ''Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta siapakah dulu membina harapan dan siapa yang memusnahkan impian tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan, bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang."

Jika itu terjadi, maka ketika itulah barulah pembangkang memahami maksud sebenar bayangan!

Thursday, April 9, 2009

SENARAI PENUH BARISAN KABINET BARU...

Senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak


PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin


JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah


KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin


KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin


KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat


KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie


KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup


KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim


KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng


KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan


KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun


KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Melur : Selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya....