Monday, June 29, 2009

UMNO - AYAH PIN, CHIN PENG @KOMUNIS

Kata Tuan Guru Nik Aziz, beliau samakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng sama seperti kita guna peribahasa Melayu 'seperti rusa masuk kampung' terhadap seseorang. Yakni, bukanlah kita kata orang itu rusa, berekor dan bertanduk. Cuma ada sifat tertentu yang serupa.Maka selepas ini bolehlah anak-anak kita kata pada kawannya, "engkau ni pendek macam babi." Nik Aziz ajar.

Kalau kita mengunakan akal yang waras.. isu samakan UMNO dengan Ayah Pin atau Chin Peng, tidak akan diterima. Penyamaan ini, seolah-olah tiada isu lagi yang perlu diketengah demi polimik. Biasalah seorang pemimpin berusaha mencari isu agar tidak kering isu, untuk mengikat penyokong. Bagi penyokong yang sudah taksub, apapun isu yang diketengahkan pasti dianggap betul. Namun, dalam suasana sekarang ini, gunalah akal fikiran kita untuk menilai mana yang betul mana yang tidak betul. Janganlah jadi seperti “kerbau dicucuk hidung”.

Mufti Perak pun telah dicerca disebabkan menegakkan kebenaran. Berikut adalah beberapa terjemahan Al Quran dipetik dari temubual Mufti Perak.

Firman Allah dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya.

"Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri. (al-Maa'uun: 4-5)

Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).

"Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara".

"Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).

Sebagai umat Islam kita sepatutnya kasihkan sesama Islam sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘kasihkan saudara kamu sepertimana kamu kasihkan diri kamu sendiri’.

Selepas menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng, TG Nik Aziz mengajak PM berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar UMNO dan PAS...tapi bak kata Tun Mahathir, BUANG MASA DEBAT DENGAN NIK AZIZ KERANA IA TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG FAEDAH" .

MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU...

Thursday, June 25, 2009

LIWAT : KONSPIRASI ATAU REALITI

Kes kali kedua ini penuh dengan persoalan, tanda tanya dan perbicaraan di blog-blog dan di pentas-pentas politik.

Bermula tindakan berlindung di Kedutaan Turki dengan dakwaan keselamatannya terancam diikuti dengan keengganan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan sehinggalah ditangkap pihak polis. Anwar seterusnya menimbulkan persoalan enggan memberi DNA yang penting bagi siasatan kes ini.

Pelbagai isu dibangkitkan dan menarik perhatian rakyat seperti laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Anwar menuduh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ghani Patail terlibat secara aktif sebagai saksi yang palsu.

Persoalan terus berlegar, mengapa selepas sepuluh tahun baru perkara ini dibangkitkan. Lebih menimbulkan persoalan, mengapa ia timbul ketika laporan polis dibuat oleh Saiful ?.Mengapa Anwar tidak lebih awal memberi bukti dan membuat laporan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi terbabit supaya badan kehakiman bebas daripada penguasaan eksekutif atau sebagainya.
Semua ini hanya beliau sendiri yang boleh memberi jawapan.

Anwar juga memohon Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI untuk menyiasat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta yang dinamakan Qazaf) sebagai serang balas kepada laporan polis Saiful. Anwar meminta Saiful disiasat kerana tidak mengemukakan empat saksi dan sekaligus didakwa membuat laporan palsu terhadap beliau. Anwar juga mendakwa dibogelkan semasa pemeriksaan dan perkara ini kemudian padam apabila HKL menafikan Anwar dibogelkan ketika pemeriksaan.

Dan ketika negara menyambut kemerdekaan ke 51 tahun, kes ini telah menarik perhatian kuasa dunia. Tanpa berselindung seperti mana yang berlaku pada 1998, selepas Al Gore, kini giliran Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice untuk memperjuangkan nasib Anwar.

Secara kronologi, jika dilihat kepada hujah-hujah Anwar, bermula dengan konspirasi, isu keselamatan, tuduhan bahawa Saiful berbohong, tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, campur tangan Washington, peletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sumpah laknat oleh Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan, pengakuan Ramlang Porigi bahawa dia dipaksa menjadi saksi sumpah laknat, kes ini penuh dengan peristiwa yang lebih kepada perbicaraan dipentas politik.

Persoalan demi persoalan yang timbul telah menyebabkan pemikiran masyarakat menjadi tersimpul dan perbicaraan ini merupakan satu kaedah yang mungkin dapat merungkai segala persoalan yang tersimpul itu.Undang-undang menjadi elemen terakhir perlindungan kita sebagai warganegara.

Sekiranya, tuduhan Saiful itu palsu, maka inilah masanya Anwar membersihkan namanya, menghenyak mereka yang telah memfitnahnya. Menggunakan pentas politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu pokok bagi membuktikan diri tidak bersalah, akan menyebabkan semakin menimbulkan persoalan. Prinsip berani kerana benar, takut kerana salah tetap relevan dalam budaya Melayu dan Malaysia.