Kes kali kedua ini penuh dengan persoalan, tanda tanya dan perbicaraan di blog-blog dan di pentas-pentas politik.
Bermula tindakan berlindung di Kedutaan Turki dengan dakwaan keselamatannya terancam diikuti dengan keengganan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan sehinggalah ditangkap pihak polis. Anwar seterusnya menimbulkan persoalan enggan memberi DNA yang penting bagi siasatan kes ini.
Pelbagai isu dibangkitkan dan menarik perhatian rakyat seperti laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Anwar menuduh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ghani Patail terlibat secara aktif sebagai saksi yang palsu.
Persoalan terus berlegar, mengapa selepas sepuluh tahun baru perkara ini dibangkitkan. Lebih menimbulkan persoalan, mengapa ia timbul ketika laporan polis dibuat oleh Saiful ?.Mengapa Anwar tidak lebih awal memberi bukti dan membuat laporan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi terbabit supaya badan kehakiman bebas daripada penguasaan eksekutif atau sebagainya.
Semua ini hanya beliau sendiri yang boleh memberi jawapan.
Anwar juga memohon Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI untuk menyiasat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta yang dinamakan Qazaf) sebagai serang balas kepada laporan polis Saiful. Anwar meminta Saiful disiasat kerana tidak mengemukakan empat saksi dan sekaligus didakwa membuat laporan palsu terhadap beliau. Anwar juga mendakwa dibogelkan semasa pemeriksaan dan perkara ini kemudian padam apabila HKL menafikan Anwar dibogelkan ketika pemeriksaan.
Dan ketika negara menyambut kemerdekaan ke 51 tahun, kes ini telah menarik perhatian kuasa dunia. Tanpa berselindung seperti mana yang berlaku pada 1998, selepas Al Gore, kini giliran Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice untuk memperjuangkan nasib Anwar.
Secara kronologi, jika dilihat kepada hujah-hujah Anwar, bermula dengan konspirasi, isu keselamatan, tuduhan bahawa Saiful berbohong, tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, campur tangan Washington, peletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sumpah laknat oleh Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan, pengakuan Ramlang Porigi bahawa dia dipaksa menjadi saksi sumpah laknat, kes ini penuh dengan peristiwa yang lebih kepada perbicaraan dipentas politik.
Persoalan demi persoalan yang timbul telah menyebabkan pemikiran masyarakat menjadi tersimpul dan perbicaraan ini merupakan satu kaedah yang mungkin dapat merungkai segala persoalan yang tersimpul itu.Undang-undang menjadi elemen terakhir perlindungan kita sebagai warganegara.
Sekiranya, tuduhan Saiful itu palsu, maka inilah masanya Anwar membersihkan namanya, menghenyak mereka yang telah memfitnahnya. Menggunakan pentas politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu pokok bagi membuktikan diri tidak bersalah, akan menyebabkan semakin menimbulkan persoalan. Prinsip berani kerana benar, takut kerana salah tetap relevan dalam budaya Melayu dan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment