Tuesday, May 26, 2009

MengIKONkan CHIN PENG - Apa Agenda Gerakan

SUMBER : WARISAN 2057


Kemelut Parti Komunis Malaya (PKM) bukan baru. Ia menular sejak belum merdeka lagi sejak lebih 63 tahun yang lalu.

Waktu itu umur Chin Peng sekitar 30 an. Umur yang 30 an memang umur untuk berreformasi dan umur untuk mengangkat senjata. Waktu usia muda itu lah Chin Peng sudah menjadi orang no 1 komunis di Malaya.

Apa beza PKM dengan UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP, PKR sebagai sebuah parti politik? Antara perbezaan nya adalah soal fahaman. UMNO, MCA, MIC berfahaman nasionalis. PAS berfahaman Islamis. DAP dan PKR(yang bercantum dengan PRM) berfahaman sosialis. PKM berfahaman komunis.

Komunis adalah satu fahaman atau idealisme yang tidak mengiktiraf tuhan. Fahaman komunis tidak percaya Allah itu ada. Dalam komunis, semua masyarakatnya adalah sama, tidak ada masyarakat berkelas, walaupun dari segi praktikalnya para pemimpin komunis mempunyai kehidupan kesenangan dan kemewahan yang amat luar biasa. Negara komunis adalah negara kebajikan kerana komunis tidak mengiktiraf pasaran ekonomi bebas 'laisse faire'.

Perjuangan komunis di Tanah Melayu adalah perjuangan yang berdarah. Komunis melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan rakyat. Komunis sembelih rakyat, komunis bunuh rakyat, komunis tembak rakyat, komunis rogol rakyat.

Komunis sangat zalim. Kezaliman komunis diluar batasan bangsa dan agama. Komunis zalim kepada orang Melayu, Cina dan India. Komunis zalim kepada agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Itu sebabnya membenci komunis ini bukan sebab perkauman tetapi disebabkan kezaliman dan penganiayaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Yang mempertahankan rakyat dari ancaman komunis adalah pasukan Tentera dan Polis. Perajurit negaralah yang mengorbankan nyawa dan badan untuk keamanan negara, kemakmuran ekonomi dan kesenangan rakyat hari ini.

Kepala PKM diMalaya adalah Chin Peng, dia dibantu rapat oleh Rashid Maidin dan isterinya Samsiah Fakeh. Membenci PKM bukan disebabkan perkauman, dalam PKM pun ada figure melayu.

Apabila Dr Teng Hock Nan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang membuat saranan kerajaan membenarkan Chin Peng kembali di Malaysia, Dr Teng sebenarnya telah melukakan banyak hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dia telah melukakan hati orang Melayu, Cina dan India.

Dia juga telah melukakan hati perajurit tanah air Polis dan Tentera yang mempertahankan negara dengan keringat sehingga ke titisan darah terakhir. Kisah keganasan komunis di Batu Pahat, di Fraser Hill, di Kuala Kubu, di Bentong, di Hutan Melintang dan keperwiraan Leftenan Adnan adalah beberapa contoh ceritera perjuangan anak bangsa yang wajar tidak dilupakan oleh pemimpin politik yang ingin berjiwa besar.

Adakah Pemimpin Gerakan hanya berjiwa kecil yang bermain politik sempit perkauman yang hanya memikirkan 'the next election'. Atau adakah kepulangan Chin Peng sebagai hadiah 1Malaysia. Atau adakah semua pemimpin wajar bertanggung jawab untuk berjiwa besar memikirkan warisan ' for the next generation'?

Malaysia adalah untuk semua rakyatnya dengan warisan sejarah yang amat kaya untuk dihargai sebagai panduan kehidupan bernegara. Apa sebenarnya agenda Gerakan???


No comments:

Post a Comment