Thursday, July 10, 2008

Jabatan Perkhidmatan Awam berjaya meningkatkan jumlah doktor-doktor , saintis-saintis, pakar-pakar, pentadbir-pentadbir tempatan sejak Merdeka.

Lagi sekali Dewan membahaskan berita Jabatan Perkhidmatan Awam menaikkan kuota bisiswa pelajar bukan Bumiputera daripada 10% kepada 45% Mei lepas. Ini bukan kali pertama ditimbulkan ahli BN dalam dewan bahkan juga diluar oleh orang-orang awam, terutamanya dalam perjumpaan-perjumpaan dan juga akhbar-akhbar tempatan.

Perkara ini sangat diminati kerana ibu-bapa kepada anak-anak berkelulusan cemerlang yang kian bertambah , berharap agar anak-anak mereka itu akan mendapat tempat di IPTA dengan sokongan berbentuk biasiswa yang disediakan. Buat masa ini jumlah penduduk Malaysia telah bertambah kepada 23 juta dan ini bermakna segala-galanya yang lain pun bertambah juga termasuklah sekolah-sekolah , kolej-kolej dan universiti-universiti untuk menampung anak-anak Malaysia yang turut bertambah.

JPA telah membuat penjelasan bahawa ia telah mengambil kira kepentingan pelajar bumiputera secara menyeluruh sebelum meningkatkan kuota biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera.

Pihak JPA juga meminta pelajar-pelajar bumiputera tidak perlu risau kerana kepentingan mereka telah diambil kira oleh kerajaan secara menyeluruh. Penajaan pelajar bumiputera bukan sahaja dari JPA bahkan juga dari institusi-institusi lain.

kita perlu faham tentang perjalanan dan proses institudi-institusi kerajaan mengagihkan biasiswa-biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak. Sejak JPA diwujudkan terutamanya bahagian latihannya ,ia sangat diminati oleh ahli-ahli Parlimen dan juga media. JPA sangat prihatin dan telah menjalankan arahan-arahan kerajaan dengan jayanya dimana sekarang ramai pelajar-pelajar tajaannya dan institusi-institusi lain telah kembali bertugas di sektor kerajaan , separa- kerajaan dan swasta. Ia juga telah banyak mengeluarkan pelajar-pelajar yang berkelulusan dalam bidang-bidang iktisas seperti Kedoktoran, Saintis , dan lain-lain lagi.Ada juga pelajar tajaannya , yang tidak pulang ke tanah air untuk berkhidmat.

Wira percaya bahawa JPA senantiasa prihatin dengan keperluan Negara dan eloklah ahli-ahli dewan memberi syor-syor tertentu bagaimana biasiswa ini dapat ditambah dari masa ke semasa supaya anak-anak Malaysia yang layak dapat menikmatinya ke arah pembinaan modal insan yang menepati keperluan-keperluan semasa.

No comments:

Post a Comment