Tuesday, May 26, 2009

SELAMAT BERLAPAR

Hari ini 26hb. Mei 2009 ini akan diadakan satu demo "tunjuk perasaan" yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Satu lagi "drama" Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia, khususnya di Perak. Nampaknya Pakatan Rakyat ber"iya-iya" benar kali ini. Tunjuk perasaan itu akan diketuai oleh Nizar, Sivakumar, Nga Kor Ming, Thomas Su, Khalil Idham dan Chan Ming Kai dan dijadualkan akan berlangsung selama 3 hari.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengugut DYMM Sultan Perak demi "gila"kan kuasa. Sekali lagi PR menunjukkan sikap biadap mereka menuntut DYMM Sultan Perak membubar DUN Perak. Mereka mogok lapar sekiranya DYMM Sultan Perak tidak membubarkan DUN Perak.

Nampaknya kali ini Nizar dan ketua-ketua "gangster" itu tidak lagi "memohon derhaka" kepada DYMM Sultan Perak. Kali ini mereka terus menderhaka! Biadap dan tidak sopan sungguh Nizar dan "konco-konco" yang "mengawal"nya.

Tidakkah mereka sedar bahawa mereka sedang mengajar rakyat Perak untuk bersama-sama mereka menderhaka kepada DYMM Sultan Perak? Sedarkan rakyat Perak yang terpedaya dengan omongan kosong dan retorik PR yang mempergunakan nama "rakyat" untuk membuat ugutan kepada DYMM Sultan Perak yang selama ini amat menyayangi rakyatnya? Tidak malukah mereka kepada DYMM Sultan?

Dimanakah kasihnya mereka kepada 'payung negeri" DYMM Sultan Perak yang amat disayangi rakyat? Atau mereka hanya "manis dimulut"?

Mereka yang akan mogok lapar, dinasihatkan oleh penganjur untuk memakai pakaian berwarna hitam. Saya ingin menambah pesanan kepada peserta yang bakal berlapar. Sediakan payung, baju hujan dan helmet "full face" sekali... Jangan lupa lari kalau kena kejar dengan abang-abang FRU....

SELAMAT BERLAPAR ! DAN KALAU BOLEH @ LARAT BERLAPARLAH TERUS SAMPAI PRU 13


No comments:

Post a Comment